Link Copiedcheck_circle
Global

GWM ORA 07 Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Tak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ORA-07-P4-E01.jpg


EV ORA 07 baharu daripada GWM kini secara rasmi telah memasuki pasaran Thailand dalam dua varian


Syarikat automotif China, GWM, dilaporkan telah memperluaskan rangkaian sub-jenama EV ORA untuk pasaran Thailand minggu ini. Model yang diperkenalkan semasa acara Thailand International Motor Expo 2023 (TIME 2023) yang kini sedang berlangsung ialah ORA 07. Kereta sedan bergaya fastback yang turut dikenali sebagai ORA Lightning Cat ini memasuki pasaran Thailand dalam varian 'Long Range' dan 'Performance'. 


ORA 07 Long Range diberikan motor tunggal, dengan konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) yang memberi kuasa 201 HP (204 PS) dan tork 340 NM. Sementara itu, varian Performance pula menggunakan dua motor, sistem pacuan semua roda (AWD) dengan kuasa 402 HP (408 PS) dan tork 680 NM.


web_GWM-ORA-07_Thailand_purple.jpg


Secara visual, dua varian yang ditawarkan boleh dibezakan melalui saiz rim yang digunakan, 17 inci untuk Long Range dan 19 inci untuk Performance


Kedua-dua varian menggunakan bateri jenis LFP 83.5 kWh yang sama, namun jarak EV yang diberikan adalah berbeza. Varian Long Range boleh bergerak lebih jauh dengan satu cas penuh iaitu 600 KM (WLTP). Varian Performance pula mencapai jarak EV sehingga 495 KM (WLTP), kerana lebih tinggi dari segi prestasi. 


Dari luar, reka bentuk ORA 07 ini sebenarnya agak kontroversi kerana 'meminjam' gaya rekaan sebuah jenama kereta mewah Jerman, dengan bahagian hadapan seperti Porsche 911, dan bahagian belakang tidak jauh daripada reka bentuk Panamera.


ORA-07-P4-E06.jpgORA-07-P4-E02.jpg


Beberapa sudut badan EV ini kelihatan seperti reka bentuk kereta keluaran Porsche


ORA-07-P4-E05.jpg


ORA 07 turut mempunyai spoiler belakang aktif yang terbuka pada kelajuan 70 KM/J, menjadikannya aerodinamik dengan pekali seret (coefficient drag) pada 0.22 cd



ORA 07 diberikan spoiler belakang jenis aktif dalam rekaan sama seperti pada varian tinggi Panamera. Spoiler pada ORA 07 dilaporkan aktif secara automatik pada kelajuan 70 KM/J menjadikannya aerodinamik dengan pekali seret (coefficient drag) pada 0.22 cd. 


ORA-07-P4-I01.jpg

ORA07 untuk pasaran Thailand menggunakan tema standard berwarna hitam, sementara varian Performance pula ditawarkan dalam pilihan warna coklat.


Bergerak ke bahagian dalam, ORA 07 untuk pasaran Thailand tampil dalam warna tema hitam secara standard, namun untuk varian lebih tinggi, Performance, diberikan pilihan warna lain, coklat. 


ORA-07-P4-I02.jpgORA-07-P4-I03.jpg

Konsol tengah EV ini diberikan butang kawalan fizikal untuk pendingin hawa dan mod pemanduan 


ORA-07-P4-I06.jpg


Model ini diberikan sistem audio hi-fi 11 speaker


Model ini menggunakan panel meter digital bersaiz 10.25 inci yang terbahagi kepada tiga bahagian. Sementara itu, untuk hiburan, ORA 07 menggunakan skrin bersaiz 12.3 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Kelengkapan dan kemudahan lain ialah stereng dengan pelarasan teleskopik, bumbung suria, pad pengecas tanpa wayar serta sistem audio hi-fi dengan 11 speaker. 


Dari segi keselamatan, ORA 07 memiliki kemampuan pemanduan separa-autonomi tahap 3. Ciri ini ditawarkan dengan kehadiran teknologi bantuan pemandu aktif (ADAS) yang lengkap, termasuk  Wisdom Dodge System (WDS) daripada GWM. 



ORA07-P7-04.jpgORA07-P7-02.jpgORA07-P7-03.jpgORA07-P7-01.jpg


ORA 07  diberikan ciri ADAS penuh, termasuk Wisdom Dodge System (WDS) GWM serta ciri Integration Intelligent Parking (IIP) dan Automatic Reverse Assist (ARA) 


Untuk varian Performance, terdapat fungsi tambahan iaitu Integration Intelligent Parking (IIP) dan Automatic Reverse Assist (ARA). Selain itu, ciri lain yang ditawarkan ADAS seperti kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi henti-mula, brek kecemasan autonomi (AWB) dan sebagainya. 


web_GWM-ORA-07_Thailand_silver.jpg


ORA 07 ditawarkan pada harga bermula daripada  THB 1,299,000 (~RM172,393)


Di Thailand, ORA 07 ditawarkan pada harga bermula daripada THB 1,299,000 (~RM172,393) untuk Long Range, manakala varian Performance ditawarkan pada harga lebih tinggi iaitu THB1,499,000 (~RM198,604).


Kemasukan rasmi ORA 07 ke pasaran Thailand menandakan kedatangannya ke negara kita tidak lama lagi, mungkin pada tahun hadapan. Lebih-lebih lagi kerana GWM Malaysia menunjukkan komitmennya untuk memperluaskan cawangan di seluruh negara, serta usaha pemasangan tempatan (CKD) model yang dipasarkan. 


Apa pendapat anda tentang ORA 07? Adakah anda tertarik untuk melihat model ‘Porsche harga rahmah’  ini dengan lebih dekat sebaik ia mendarat di Malaysia nanti? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen. 

web_GWM-ORA-07_Thailand_white.jpg

Gallery

Tag:

GWM Thailand
GWM Ora 07
EV GWM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
EV

15-01-2024
Global

30-11-2023
Global

31-05-2023
Global

24-03-2023
Berita Auto
Berita Auto

20-11-2024

Berita Terkini

Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025