- Berita
- Global
- Pengeluaran Audi Ditamatkan Selepas 25 Tahun
Selepas 25 tahun berada di pasaran automotif akhirnya pengeluaran Audi TT (Tourist Trophy) ditamatkan.
Bagi yang tidak tahu, TT membuat penampilan sulungnya pada tahun 1998.
Pada masa itu, kereta sport dua pintu ini didatangkan dengan tiga varian yang dihasilkan di kilang Audi di Hungary.
Penamatan model itu diumumkan menerusi halaman Faceboook Audi dimana beberapa gambar unit terakhir TT bersama dengan TT Roadster.
Kedua-duanya menunjukkan contoh generasi kedua TT dalam versi Coupe dan Roadster.
Mengimbas kembali bilangan Audi TT, Audi telah memasang sebanyak 662,762 unit model TT sejak pengeluaran pertama pada 18 Februari 1998 sehingga 10 November lalu.
Dikhabarkan, model terakhir ,iaitu Final Edition disumbat dengan enjin 2.0 liter turbo dipadankan dengan sistem pacuan semua roda Quattro dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 315hp.
Begitu juga dengan Final Edition TT Roadster yang berada di pasaran Amerika Utara dimana hanya 50 unit sahaja dihasilkan.
Ia yang dijual pada harga AS$67,800, turut menerima rona kerangka berwarna Goodwood Green serta bumbung berwarna kelabu.
Biarpun ia sudah ‘disemadikan’, timbul pula khabar angin yang mengatakan bahawa TT mungkin akan kembali namun kali ini sebagai kereta sport serba elektrik.
Sebaliknya Audi masih belum mengumumkan atau mendedahkan sebarang rancangan mengenai perkara itu buat masa ini.
Apa jua keputusan Audi berhubung model TT ini, yang pastinya peminat kereta sport akan bersedih dengan kematian kereta sport kesayangan ini dari dunia automotif.
Gallery







Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari