Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Dia Little Delta, Little 5

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

DAMD akan membawa masuk dua model Suzuki Jimny yang telah diubah suai.

Bahang Tokyo Auto Salon (TAS) 2024 semakin terasa sekali gus membuatkan kebanyakan pembuat kereta mengumumkan barisan model rasmi mereka yang akan menyertai pameran itu.

TAS 2024 diadakan bermula dari 12 Januari hingga 14 Januari 2024  di Makuhari Messe di Chiba, Jepun.

Enggan mahu ketinggalan, pembuat kit badan dari Jepun, DAMD yang mengubah dua penampilan Suzuki Jimny akan membawa dua hot-hatch rali lagenda yang digelar sebagai Little Δ (Delta) dan Little 5.

image.pngimage.png

                                                                             Little Δ (kiri),Lancia Delta (kanan).

Jika anda sedar, muka hadapan Jimny telah ditukar dengan Lancia kerana ia menampilkan lampu depan bulat, grilnya kelihatan seperti hidung serta dipasang , dengan  lampu kabus kuning di bahagian bawah bampar hadapan.

Selain itu, Jimny yang diubah suai dan dikenali sebagai ‘Little Δ’ (Delta) diselaputi dengan warna merah menyebabkan ia kelihatan sama seperti Delta asal kerana mempunyai jalur dari depan hingga belakang.

Sementara bahagian sisi pula mendapat penambahan fender lebar, sayap belakang ala Delta, sebelum diakhiri dengan pemasangan rim aloi OZ Racing.

Beralih kepada Racing 5, ia diilhamkan dari hot-hatch klasik Perancis yang juga dikenali dalam arena rali iaitu Renault 5 Turbo.

Jentera ini dilihat  menerima lampu hadapan jenis petak manakala  grilnya kelihatan sama seperti Renault 5 asli.

Sama seperti Delta, model  ini juga menggunakan rim aloi OZ Racing.

image.pngimage.png

Tertera perkataan Non Turbo. 

Apa yang cukup menarik ialah, dipasang dengan pelekat badan “Turbo”  pada bahagian pintu  dengan pelekat yang tertera perkataan bersaiz kecil Non manakala saiz perkataan Turbo pula agak besar.

Selain dua model Jimny ini, DAMD akan mempamerkan beberapa model yang telah diubahsuai termasuk Toyota Hiace lyang dikenali sebagai 'Deface', serta beberapa bkereta Kei yang lasak dan unik.

Gallery

Tag:

Suzuki Jimny
Lancia Delta
Suzuki Jimny Little 5 by DAMD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

26-12-2025
Global

19-10-2025
Global

20-06-2025
Global

04-02-2025
Kereta Baru

18-11-2024
Global

12-11-2024
Global

17-05-2024
Kereta Baru

22-04-2024

Berita Terkini

Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025