- Berita
- EV
- Ini Dia Senarai 10 Cawangan smart Malaysia – Pamer smart #1, Ada Pengecas AC & DC, Ruang Servis
Ini Dia Senarai 10 Cawangan smart Malaysia – Pamer smart #1, Ada Pengecas AC & DC, Ruang Servis
Kunjungi cawangan smart Malaysia untuk melihat smart #1 dengan lebih dekat
smart Malaysia telah mengumumkan lokasi pusat-pusat pengedaran smart di seluruh negara. Pusat pengedaran ini ditempatkan di lokasi strategik iaitu di Ipoh, Balakong, KL, Penang, Alor Setar, Glenmarie, Setia Alam, Melaka, Johor Bahru dan Damansara.
Pusat-pusat pengedaran smart telah diwujudkan di bawah pengendalian rakan kongsi seperti GB Auto, Hap Seng smart, Eleganz Lifestyle, Lee Motors, EON Berhad, Wheelcorp EV, Sigma Energy EV, Motor Future dan Smart Mobility. Setiap cawangan mempamerkan smart #1 dan menawarkan ruang servis serta kemudahan pengecasan untuk kegunaan awam.
Berikut adalah senarai pusat pengedaran smart Malaysia di seluruh negara:
smart Ipoh (GB Auto)
smart Ipoh (GB Auto)
Terletak di tengah bandaraya Ipoh, pusat pengedaran ini menampilkan enam unit smart #1. Cawangan ini dilengkapi dengan lima ruang servis yang efisien, tiga pengecas AC dan satu pengecas DC 60kW untuk kegunaan awam. Berkeluasan 1,400m², di sini turut terdapat kafe iaitu Shake & Bake Cafe untuk keselesaan pengunjung.
Alamat: No. 77, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan Kuala Kangsar), 30100 Ipoh, Perak.
smart Balakong (Hap Seng smart)
Tampil sofistikated dan inovatif, pusat pengedaran ini menempatkan empat unit smart #1. Turut disediakan ialah kemudahan pengecas DC 120kW, menjadikannya salah satu daripada empat cawangan dengan sistem pengecasan berkuasa tinggi. Selain itu, dua pengecas AC turut disediakan untuk kegunaan umum. Kemudahan lain yanhg terdapat di tapak berkeluasan 800m² ini ialah tiga ruang servis.
Alamat: No. 1, Jalan Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
smart KL (Hap Seng smart)
Hap Seng smart di Kuala Lumpur menawarkan suasana moden dan mempamerkan dua unit smart #1. Berkeluasan 700m², pusat ini menyediakan dua bengkel servis dan dua pengecas AC untuk kegunaan umum.
Alamat: 2F-01 Menara Hap Seng 3, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.
smart Penang (Eleganz Lifestyle)
smart Penang (Eleganz Lifestyle)
Terletak hanya 5 minit dari Georgetown, di Eleganz Lifestyle, Pulau Pinang terdapat empat unit smart #1 dipamerkan. Selain itu, terdapat lima ruang servis serta pengecas DC 120kW yang merupakan yang terpantas di Pulau Pinang. Di cawangan ini terdapat kafe Roots Dessert Bar.
Alamat: No. 169, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 Georgetown, Pulau Pinang.
smart Alor Setar (Lee Motors)
smart Alor Setar (Lee Motors)
Lee Motors di Alor Setar merupakan pengedar pertama yang telah menyerahkan smart #1 BRABUS kepada pelanggan. Di pusat pengedaran ini terdapat tiga paparan smart #1, ruang servis khas, dan pengecas DC 25kW untuk kegunaan awam. terletak berdekatan dengan Menara Alor Setar, cawangan ini menyediakan pengalaman premium dan praktikal untuk peminat kenderaan elektrik di kawasan sekitar.
Alamat: 12-C, Jalan Istana Kuning, 05000 Alor Setar, Kedah.
smart Glenmarie (EON Berhad)
smart Glenmarie (EON Berhad)
Cawangan smart Glenmarie ini mempamerkan empat unit smart #1. Cawangan ini juga dilengkapi tiga ruang servis, dua pengecas AC dan satu pengecas DC 60kW.
Alamat: EON Berhad HQ, Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor
smart Setia Alam (Wheelcorp EV)
smart Setia Alam (Wheelcorp EV)
Tampil dengan konsep futuristik, Wheelcorp EV di Setia Alam mempamerkan empat unit smart #1. Fasiliti yang berkeluasan 800m² ini juga menyediakan tiga ruang servis dan pengecas DC 120kW berkuasa tinggi untuk kegunaan awam.
Alamat: No. 1, Jalan Setia Murni U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
smart Melaka (Sigma Energy EV)
smart Melaka (Sigma Energy EV)
Bertempat di bandar bersejarah Melaka, Sigma Energy EV menyediakan dua unit smart #1 di ruang pameran. Dengan kawasan binaan seluas 800m², cawangan ini mempunyai tiga ruang servis, dua pengecas AC dan sebuah pengecas DC 120kW untuk kegunaan awam.
Alamat: Lot 5173, Jalan Tun Fatimah, Mukim Bachang, 75250, Melaka.
smart Johor Bahru (Motor Future)
Walaupun cawangan ini masih belum dibuka secara rasmi untuk kunjungan pelanggan di lokasi utamanya, Motor Future menjemput peminat EV untuk melawat ruang pameran smart #1 di Paradigm Mall, JB, sehingga 25 Januari 2024.
Sebaik cawangannya dibuka, smart Johor Bahru akan menjadi platform pameran dua unit smart #1 dan menawarkan empat ruang servis, di samping dua pengecas AC dan pengecas DC 60kW untuk kegunaan awam. Dengan kawasan seluas 700m², cawangan ini menjanjikan pengalaman yang menarik bagi pengunjung.
Alamat: No. 125-1 & 125-2, Batu 4 ½, Jalan Skudai Kiri, Kampung Skudai Kiri, 81200 Skudai, Johor.
smart Damansara (Smart Mobility)
Cawangan Damansara masih dalam proses persediaan. Sebaik beroperasi, cawangan ini akan mempamerkan dua unit smart #1, menyediakan tiga ruang servis dan kemudahan pengecasan awam, termasuk dua pengecas AC dan sebuah pengecas DC 60kW. Dengan kawasan seluas 800m², cawangan ini menjanjikan suasana yang moden untuk pelanggan meneroka mobiliti elektrik. Sebelum pembukaan rasmi, Smart Mobility menjemput orang untuk ke ruang pameran smart di Pavilion Bukit Jalil yang berlangsung sehingga 23 Januari 2024.
Alamat: Ground Floor, Menara TSR, No. 23, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pusat pengedaran smart ini direka sebagai ruang komuniti, menjamin pengalaman tanpa gangguan dan komprehensif untuk semua perkara berkaitan smart. Dengan menitikberatkan kepuasan selepas pembelian, smart Malaysia menekankan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang dengan penasihat yang terlatih.
Ikuti perkembangan terkini smart Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok. Untuk maklumat lanjut mengenai smart #1, layari https://my.smart.com atau daftarkan minat anda di https://my.smart.com/reserveMySeat.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv