Link Copiedcheck_circle
Global

Kereta Neutral Karbon Toyota Pamer Prestasi Luar Biasa Dalam Perlumbaan 10 Jam

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-Toyota-Thailand-10HourEnduranceRace-2023.jpg


Toyota telah mengeluarkan tiga kereta konsep neutral karbon eksklusif untuk Kejuaraan Idemitsu Super Endurance tahun ini yang diadakan di Thailand.


Toyota memperlihatkan komitmennya terhadap kelestarian dalam Idemitsu Super Endurance Southeast Asia Trophy di Thailand. Dengan kerjasama Rookie Racing, Toyota menampilkan tiga kereta konsep perlumbaan yang neutral karbon bagi edisi 2023, termasuk ORC Rookie GR86 CNF, ORC Rookie GR Corolla H2 dan CP Rookie Prius CNF-HEV GR.


Kereta konsep GR86 CNF ialah coupe GR86 versi perlumbaan yang menggunakan bahan api neutral karbon (CN). Dalam perlumbaan selama 10 jam yang dipandu oleh Kazuya Oshima, Kenta Yamashita, Keizo Kato dan Daisuke Toyoda ini, model ini mempertontonkan kemampuannya untuk melakukan 289 pusingan di Litar Antarabangsa Buriram, meletakkannya pada kedudukan yang keempat dalam kelasnya dan juga secara keseluruhan. 


Toyota-Thailand-1HourEnduranceRace-2023-7.jpg


Seterusnya, kereta konsep Prius CNF-HEV, yang turut menggunakan bahan api neutral karbon, mempamerkan prestasi yang menakjubkan setelah berjaya menduduki tempat yang keenam. Model ini dipandu oleh Kachorn Chiaravanont, Tatsuya Kataoka, Naoya Gamo dan Hibiki Taira serta Morizo (pengerusi Toyota, Akio Toyoda).


Toyota-Thailand-1HourEnduranceRace-2023-6.jpgToyota-Thailand-1HourEnduranceRace-2023-2.jpg


Akhir sekali, ialah kereta konsep GR Corolla H2, yang dikuasakan oleh hidrogen daripada biogas yang dihasilkan oleh najis ayam dari ladang ayam Charoen Pokphand Group (CP), berjaya menamatkan perlumbaan penuh 10 jam. Kereta konsep inovatif ini menduduki tempat kelapan dalam kelasnya.


Toyota-Thailand-1HourEnduranceRace-2023-10.jpg


Mengulas mengenai kolaborasi dengan CP untuk membangunkan GR Corolla H2, Toyoda berkata, “Kami bekerjasama dengan CP untuk mengurangkan pelepasan CO2 di Thailand dengan memanfaatkan kepakaran masing-masing.


Toyota-Thailand-1HourEnduranceRace-2023-1.jpgToyota-Thailand-1HourEnduranceRace-2023-8.jpg


“Penyertaan bersama CP dan Toyota dalam perlumbaan Prius selama 10 jam ini cukup bermakna. Perkara ini secara tidak langsung membolehkan lebih ramai orang mengetahui tentang aktiviti kami," katanya.

Toyota-Thailand-1HourEnduranceRace-2023-3.jpg

Tag:

Kereta Neutral Karbon Toyota
ORC Rookie GR86 CNF
ORC Rookie GR Corolla H2
CP Rookie Prius CNF-HEV GR
Idemitsu Super Endurance Southeast Asia Trophy 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026