Link Copiedcheck_circle
EV

Kineta Kini Rasmi Sebagai Pengedar Eksklusif Pengecas EV Zhida

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kineta-Zhida--(2).jpg


Kineta Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik Sime Darby Berhad, telah menandatangani Perjanjian Pengedaran Eksklusif (EDA) dengan Shanghai Zhida Technology Development Co. Ltd., sebuah syarikat penyedia Penyelesaian Tenaga Pintar yang berpangkalan di Shanghai, China.


Kineta, yang ditubuhkan pada  bulan Januari 2022, komited untuk menyediakan penyelesaian pengecas EV secara menyeluruh (end-to-end) dan berhasrat untuk menjual sejumlah 3,000 pengecas menjelang penghujung tahun 2023. Melalui hubungannya dengan Sime Darby Motors, Kineta menjadi penyedia pengendali titik pengecasan (CPO) pilihan bagi jenama BMW, MINI, BYD, Jaguar Land Rover, Hyundai, Porsche dan Volvo.


Kineta-Zhida--(5).jpgKineta-Zhida--(6).jpg


Kineta kini memegang 35% bahagian pasaran dalam penjualan pengecas EV untuk rumah di Malaysia, dan bercita-cita untuk mencapai sebanyak 38% bahagian pasaran untuk kenderaan elektrik menjelang tahun 2040 sebagai sebahagian daripada sasaran Aspirasi Negara Rendah Karbon. 


Kineta-Zhida--(4).jpg


Sementara itu, Zhida, yang menduduki tempat pertama dalam segmen pengecas peribadi di China, mempunyai sejarah yang kukuh melalui kerjasama yang telah dijalankan dengan  80% jenama automotif global. Ia juga mengekalkan bahagian pasaran yang signifikan sebanyak 28% di China dan 15% di peringkat global. Setakat ini, Zhida telah menghantar lebih daripada 1.63 juta pengecas EV ke seluruh dunia.


Kineta-Zhida--(3).jpg


Perjanjian ini mengukuhkan kedudukan Kineta sebagai pengedar eksklusif pengecas Zhida di Malaysia dan Singapura, sekaligus memastikan Kineta kekal sebagai pemain utama dalam membekalkan solusi pengecas EV berteknologi tinggi untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat dari masa ke masa. 


Pengarah Urusan Kineta, Sunny Lee berkata, "Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Zhida. EDA ini membolehkan Kineta memainkan peranan penting dalam mempercepat penerimaan solusi pengecas EV di Malaysia dan Singapura, secara tidak langsung, menyumbang kepada pencapaian mobiliti mampan."

Tag:

Pengecas EV Malaysia
Pengecas EV
Kineta
Kineta Sdn. Bhd.
Shanghai Zhida Technology Development Co. Ltd.
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?

Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…

24-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall

Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.

19-10-2025
EV

Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.

17-10-2025
EV

Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus

EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.

05-10-2025
EV

PRO-NET Lancar Pengecas DC Pertama Di Proton City, Tanjung Malim – Serendah RM0.40/kWj Sepanjang Oktober

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini memperluas jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran stesen pengecas pantas DC pertama di Proton City, Tanjung Malim.

30-09-2025
EV

Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

10-09-2025
EV

Nisbah Pengecas EV Malaysia Lebih Baik Daripada Thailand, Tetapi...

Nisbah pengecas dan EV di Malaysia di tahap yang sihat. Ini kupasannya...

22-07-2025

Berita Terkini

EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026