Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes EQE 500 4Matic SUV Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM484K, Jarak EV 552KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

EQE-SUV-1.jpeg

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model Mercedes EQE 500 4Matic SUV yang ditawarkan pada harga daripada RM484,888.00, atas jalan, tanpa insurans. 

PRESTASI EQE 500 4MATIC SUV 

Dari segi prestasi, Mercedes EQE 500 4Matic SUV menggunakan dua motor dengan output  408 hp dan tork 858 Nm yang memberikan kereta kemampuan untuk melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat. Kelajuan tertinggi yang mampu dicapaikan ialah 210 km/j. 


web_CariCarz_Launch_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-2.jpg


Motor elektrik kereta dikuasakan oleh bateri berkapasiti 90.6 kWh. Dengan cas penuh, sedan elektrik ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 552 km (WLTP). Model ini boleh dicas dengan pengecas AC sehingga 22 kW dan DC hingga 170 kW. 


REKA BENTUK EQE 500 4MATIC SUV


web_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-5.jpgweb_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-9.jpg
web_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-51.jpgweb_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-12.jpgweb_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-16.jpgweb_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-1.jpg


Dari sudut hadapan, panel hitam EQE SUV mempamerkan motif bercorak logo Mercedes-Benz. Antara ciri penting di bahagian ini ialah lampu depan dengan teknologi DIGITAL LIGHT yang pintar. Diberikan sentuhan AMG Line, terdapat pelbagai elemen sporty seperti rekaan bampar hadapan dengan sudut bawah berwarna hitam, kemasan pada pintu dan insert belakang dalam warna krom berkilat dan banyak lagi. Model ini turut diberikan rim aloi bersaiz 21 inci gaya AMG. 


web_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-4.jpg


Selain itu, EQE 500 4Matic direka dengan penuh terperinci yang mana pelbagai sudut diberikan elemen aerodinamik.


BAHAGIAN DALAM EQE 500 4MATIC SUV 


web_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-39.jpg


Bergerak ke bahagian dalam kereta, model ini kelihatan sporty dengan gaya AMG, jelas terlihat daripada penggunaan tempat duduk sporty yang diberikan bolster tepi dalam balutan kulit hitam/kelabu. Untuk keselesaan optimum, tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi memori dan pemanas. Selain itu, ciri sokongan lumbar 4 arah turut disediakan.


web_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-36.jpgweb_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-37.jpg

web_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-32.jpgweb_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-21.jpgweb_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-22.jpgweb_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-31.jpg


Berikut adalah ciri-ciri lain yang terdapat dalam kabin:

  • Pencahayaan ambien aktif
  • Karpet lantai AMG
  • Roof liner fabrik hitam
  • Stereng prestasi AMG dalam balutan nappa
  • Elemen kemasan kayu magnolia dengan motif logo Mercedes-Benz 
  • Pakej ENERGIZING
  • Pakej AIR BALANCE
  • Pakej Comfort Acoustic
  • Pencahayaan keliling dengan pantulan logo Mercedes-Benz
  • Sunvisor jenis tarik
  • Pakej USB Plus
  • Pad pengecas tanpa wayar

CIRI KESELAMATAN  EQE 500 4MATIC SUV


web_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-7.jpg


EQE hadir dengan pakej Driving Assistance Plus  yang terdiri daripada teknologi berikut:

  • Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC
  • Penghidupan Semula Automatik untuk Kesesakan Lalu Lintas
  • Bantuan Kekal Lorong Aktif
  • Bantuan Stereng Aktif
  • Bantuan Pengendalian Aktif
  • Impuls sisi PRE-SAFE® 
  • Sensor Belakang untuk Bantuan Keluar Lorong


Perlindungan Kenderaan URBAN GUARD Plus:

  • Sistem Penggera Anti-Pencurian
  • Sistem Pemantauan Dalaman


Pakej Parking dengan Fungsi Parking Jarak Jauh

  • Kamera 360°
  • Bantuan Parking Aktif
  • Pra-Pemasangan untuk Bantuan Parking Jarak Jauh


Ciri lain ialah, Bantuan Parkir Memori, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, TIREFIT, Beg Udara Tingkap, Beg Udara Lutut, Sistem PRE-SAFE®, Sistem Panggilan Kecemasan Mercedes-Benz.


HARGA EQE 500 4MATIC SUV 


web_CariCarz_Press_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-10.jpg


Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga bermula daripada  RM484,888.00, atas jalan, tanpa insurans.  





Tag:

EQE 500 4Matic
Mercedes Benz Malaysia
MBM
EQE SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru
Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Berita Auto
Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang

Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang

Cycle & Carriage baru-baru ini melancarkan autohaus ke-12 di Malaysia, Cycle & Carriage Sungai Pinang.

02-07-2024
Berita Auto
Mercedes-Benz Malaysia Baharu Terletak Di Seremban

Mercedes-Benz Malaysia Baharu Terletak Di Seremban

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd dan Minsoon Star Sdn Bhd merasmikan pembukaan Mercedes-Benz Autohaus baharu di Seremban, Negeri Sembilan.

07-10-2022
Berita Auto
Mercedes-Benz Malaysia Dan Hap Seng Star Rasmi Pembukaan Autohaus Di Setia Alam

Mercedes-Benz Malaysia Dan Hap Seng Star Rasmi Pembukaan Autohaus Di Setia Alam

Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Setia Alam

22-06-2022
Berita Auto
Mercedes-Benz Malaysia Adakan Anugerah Pengedar Tahunan Terbaik Yang Ke-5

Mercedes-Benz Malaysia Adakan Anugerah Pengedar Tahunan Terbaik Yang Ke-5

Mercedes-Benz Malaysia telah mengadakan anugerah Pengedar Tahunan Terbaik, dan ini pemenang-pemenangnya...

06-04-2022
Berita Auto
Mercedes-Benz Financial mengumumkan pelan pembiayaan Step Up Agility

Mercedes-Benz Financial mengumumkan pelan pembiayaan Step Up Agility

Berita baik kepada individu yang sedang mencari kenderaan elektrik (EV) pertama mereka pada tahun ini.

24-03-2022
Berita Auto
Harga Baharu Untuk Barisan Model Kereta Kompak Mercedes-Benz

Harga Baharu Untuk Barisan Model Kereta Kompak Mercedes-Benz

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan harga terkini untuk model kereta kompak generasi baharunya.

07-03-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026