Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nasib Pemilik Beli Insurans Peril

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jurujual sempat bergambar dengan pemilik Proton X50 sebelum kejadian.

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan pemilik kereta Proton X50 apabila mendapati kereta yang dibeli itu tenggelam dalam kejadian banjir di IOI Mall, Puchong pada Sabtu lalu.

Kejadian itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Azhazul Azri,  baru-baru ini.

Menurutnya, adiknya yang merupakan jurujual sempat bergambar dengan pemilik kenderaan terbabit pada jam 5 petang, namun kejadian malang berlaku sejam kemudian.

“Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal.

“Masuk mall (pusat beli belah), cuaca panas. Pergi makan, solat, bila keluar kereta dah tenggelam,” katanya pada Ahad.

Pada Sabtu lalu, CariCarz.com ada melaporkan mengenai kejadian bandir yang melanda di IOI Mall, Puchong.

Kejadian itu menyebabkan pengunjung pusat beli-belah itu panik selepas melihat air melimpah masuk ke dalam premis perniagaan itu.

image.png

Sebahagian besar kereta yang diparkir di IOI Mall Puchong ditenggelami air.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Azhazul turut memaklumkan mujur adiknya itu menasihatkan pelanggan X50 berkenaan mendapatkan perlindungan tambahan bencana alam.

Untuk makluman anda,  special perils cover atau perlindungan peril khas adalah ah perlindungan tambahan untuk kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap, pokok tumbang, bergantung kepada insurans yang anda pilih.

Perlindungan ini dapat membantu anda mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti yang disenaraikan dalam polisi insurans kereta.

image.png

Sebuah kereta terjatuh gara-gara tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong pada Sabtu lalu.

“Kami ejen ini cadang tambah cover special perils ini bukan sebab nak untung lebih. Untung kami sepuluh ringgit sahaja kadang.

“Tapi kami nak peace of mind. Kita tahu kereta customer ada cover. Bila tenggelam begini, kita tak ralat sebab insurans cover,” jelasnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook menyarankan orang ramai membeli peril khas.

“Benda yang ramai orang tak kisah bila beli kereta pasal insurans cermin, kematian & bencana, cermin semua orang dah tahu retak claim balik, kematian jarang-jarang yang ambil tahu bila peminjam meninggal dunia, kenderaan dapat kepada pewaris tanpa kena bayar sehingga habis.

image.png

Bencana boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Bencana macam dalam  kes ini dapatlah ganti rugi ikut harga pasaran semasa, yang mana nak beli kenderaan itu pejam mata la tambah sikit duit untuk masukan 3 benda ni,” komen seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Tarantula.

Seorang lagi turut meninggalkan komen:

"Ambillah ambillah special perils, memang nampak mahal tapi bencana alam ini tiada siapa-siapa yang boleh  sangka akan terjadi," tulisnya.

Apa pula pandangan anda mengenai insurans perils? Adakah anda memiliki insurans peril? Kongsikan.

Gallery

Tag:

Proton X50
banjir kilat
IOI MALL PUCHONG
peril khas
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras

Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?

18-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Berita Auto

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.

01-07-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
Berita Auto

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026