Link Copiedcheck_circle
EV

Negara Jiran Dah Dapat, Kita Bila Lagi?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Walaupun  Wuling Binguo baru sahaja dilancarkan secara rasminya di Indonesia namun kenderaan elektrik itu sudah mendapat tempahan sebanyak 3,000 unit dalam tempoh tidak kurang daripada sebulan.

image.png

Ia yang didatakangkan dalam dua varian: Binguo Long Range dijual pada harga sekitar RM108,00 manakala varian Premium Range (RM123,000).

image.png

Varian Long Range Binguo disumbat dengan pek bateri 31.9 kWj yang memberikan jarak sehingga 333 km, manakala Premium yang menerima  pek bateri 37.9 kWj pula mampu bergerak sejauh 410 km.

Dari segi saiz pula, jentera ini adalah sepanjang 3,950 mm, selebar 1,708 mm, setinggi 1,580 mm dengan jarak roda 2,560 mm.

Melihat kepada dimensinya, nampaknya ia sedikit kecil berbanding BYD Dolphin namun saiznya agak sama dengan Perodua Axia.

image.png

Ia yang mampu menghasilkan kuasa setakat 67 hp sebenarnya sarat dengan ciri-ciri keselamatan.

Ini kerana Wuling Binguo dilengkapi dengan kawalan kestabilan elektronik, Agihan Brek Elektronik, Brek Anti Kunci, Sistem Pemantau Tekanan Tayar, ISOFIX dan dua beg udara.

image.png

Di sebalik pelancarannya, Wuling menawarkan promosi pelancaran khas kepada pembeli awal sehingga akhir tahun ini. 

Apa yang cukup menarik ialah syarikat tersebut turut menawarkan jaminan seumur hidup ke atas bateri, pemacu motor  dan unit kawalan motor melalui promosi tersebut. 

Selain itu, pembeli juga menerima peranti pengecas AC 7 kWj percuma, serta pelbagai aksesori (penapis haba, kotak simpanan dan permaidani).

image.pngimage.png

Susulan pelancarannya di negara jiran, adakah Wuling Binguo ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Bagi hemat kami, adalah tidak mustahil Wuling Binguo ini akan memasuki pasaran kita memandangkan harga EV yang cukup marhaen selain ia menawarkan pemanduan kanan.

Kami percaya bahawa jenama model EV kompak ini pasti akan memasuki Malaysia, tetapi hanya selepas harga jualan minimum EV sebanyak RM100,000 ditarik balik pada 2025.

Apa pula pandangan anda?


Gallery

Tag:

Wuling BinguoEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026