- Berita
- EV
- Pengecas DC 80kW ChargeSini Kini Di Mydin Bukit Mertajam
-full.jpg)
Pengecas DC ChargeSini di Mydin Bukit Mertajam
Setelah memetari memorandum persefahaman (MoU) dengan Mydin Hypermarket pada Oktober lalu, ChargeSini kini secara rasminya telah melancarkan pengecas DC pertamanya di Mydin Bukit Mertajam.
-full.jpg)
ChargeSini hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mydin Hypermarket pada Oktober lalu
Berdasarkan MoU tersebut, sejumlah 24 stesen pengecas DC akan dibina oleh ChargeSini di cawangan Mydin yang terpilih di seluruh negara menjelang Mac 2024. Ini selaras dengan strategi ChargeSini untuk memperluaskan rangkaiannya di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti kawasan tarikan pelancong, hotel, restoran, pusat beli-belah dan kondominium.
Sebanyak dua ruang pengecas kenderaan elektrik (EVCB) disediakan di ChargeSini Mydin Bukit Mertajam. Kemudahan pengecas EV ini terdiri daripada pengecas pantas DC Wattbox 80 kW dengan dua sambungan kabel pengecas CCS2.
-full.jpg)
-full.jpg)
Untuk memulakan sesi pengecasan, pengguna EV perlu menggunakan aplikasi ChargeSini. Caj yang dikenakan melalui aplikasi tersebut adalah berdasarkan kadar penggunaan kWh. Untuk pengecas Mydin Bukit Mertajam DC, kadar ditetapkan pada RM1.19/kWh.
-full.jpg)
Penubuhan stesen ChargeSini di Mydin Bukit Mertajam mematuhi peraturan EVCB yang telah ditetapkan oleh PLANMalaysia. Selain itu, ia juga selaras dengan garis panduan EVCB yang telah disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Semua sesi pengecasan menggunakan ChargeSini akan dikenakan caj tempahan minimum RM5 dan pemandu diberi tempoh kelonggaran 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan mereka apabila sesi pengecasan tamat. Pengguna yang gagal mengeluarkan kenderaan mereka akan dikenakan bayaran terbiar atau idle sebanyak RM1 untuk setiap 5 minit.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv