- Berita
- EV
- Pengecas DCFC 60kW ChargeSini Kini Di Target Yong Peng, Johor - RM1.19/kWh
Pengecas DCFC 60kW ChargeSini Kini Di Target Yong Peng, Johor - RM1.19/kWh
-full.webp)
Syarikat yang menawarkan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, ChargeSini, baru-baru ini telah melancarkan fasiliti pengecas baharu di Yong Peng, Johor Bahru. Stesen pengecas EV ini merupakan satu-satunya di daerah tersebut dan terletak di premis Target Supermarket yang berhadapan dengan Kluang Rail Coffee Cafe.
Stesen pengecas EV ChargeSini yang terbaru ini menampilkan pengecas DC 60 kW dengan dua kabel sambungan CCS2 membolehkan dua EV dicas secara serentak.
Penubuhan stesen ChargeSini di lokasi ini mematuhi peraturan EVCB yang telah ditetapkan oleh PLANMalaysia. Selain itu, ia juga selaras dengan garis panduan EVCB yang telah disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
-full.webp)
Untuk memulakan sesi pengecasan, pengguna EV perlu menggunakan aplikasi ChargeSini yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store. Caj yang dikenakan melalui aplikasi tersebut adalah berdasarkan kadar penggunaan kWh. Untuk pengecas EV ChargeSini di Target Supermarket ini, kadar ditetapkan pada RM1.19/kWh.
-full.webp)
Sesi pengecasan menggunakan pengecas ini akan dikenakan caj tempahan minimum RM5 dan pemandu diberi tempoh kelonggaran 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan mereka apabila sesi pengecasan tamat. Pengguna yang gagal mengeluarkan kenderaan mereka akan dikenakan bayaran terbiar atau idle sebanyak RM1 untuk setiap 5 minit.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv