Link Copiedcheck_circle
EV

Pengecas Pantas 60 kW ChargeSini Kini Di Mydin Pulau Sebang, Ini Cajnya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ChargeSini-Mydin-Melaka-(4).jpg


Tercari-cari lokasi untuk cas kereta elektrik (EV) anda semasa berada berdekatan dengan A’Famosa Freeport sebagai seorang pengguna selain kereta Tesla? Atau mungkin stesen pengecas Tesla di A’Famosa Freeport sudah penuh? Jangan risau, kini anda boleh menggunakan stesen pengecas EV terbaru yang terletak hanya 5 KM dari lokasi tersebut!


ChargeSini-Mydin-Melaka-(5).jpg


Pengecas EV terbaru ini disediakan oleh ChargeSini di Mydin Pulau Sebang Hypermarket, Melaka. Fasiliti yang disediakan ialah pengecas pantas DC (DCFC) dengan kuasa 60 kW. Wattbox dengan dua kabel sambungan CCS2 ini boleh digunakan untuk mengecas dua EV secara serentak. 


ChargeSini-Mydin-Melaka-(3).jpg


Penubuhan stesen ChargeSini di  Mydin Pulau Sebang Hypermarket, Melaka ini mematuhi peraturan EVCB yang telah ditetapkan oleh PLANMalaysia. Selain itu, ia juga selaras dengan garis panduan EVCB yang telah disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Untuk memulakan sesi pengecasan, pengguna EV perlu menggunakan aplikasi ChargeSini yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store. Caj yang dikenakan melalui aplikasi tersebut adalah berdasarkan kadar penggunaan kWh. Untuk pengecas EV ChargeSini di lokasi ini, kadar ditetapkan pada RM1.19/kWh.


Sesi pengecasan menggunakan pengecas ini akan dikenakan caj tempahan minimum RM5 dan pemandu diberi tempoh kelonggaran 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan mereka apabila sesi pengecasan tamat. Pengguna yang gagal mengeluarkan kenderaan mereka akan dikenakan bayaran terbiar atau idle sebanyak RM1 untuk setiap 5 minit.

Tag:

ChargeSini
Pengecas EV
DCFC ChargeSini
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-05-2026
EV

23-04-2026
EV

12-04-2026
EV

13-03-2025

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026