- Berita
- EV
- Perlu Masa Untuk Tambah Baik Cukai Jalan EV

ANTHONY
Kementerian Pengangkutan menangguhkan keputusan untuk mengumumkan struktur cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV).
Ini kerana pihak Kementerian masih dalam proses untuk menambah baik draf cukai jalan EV.

Hasil kiraan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kereta elektrik.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pihaknya mahu melihat beberapa perkara dengan draf tersebut.
"Tapi tidak akan ada kesan kepada pengguna EV yang sekarang kerana masih pengecualian cukai. Bukan tahun ini. Tapi buat masa ini saya nak tambah baik draf tersebut untuk kadar yang terbaik kepada pembeli,” katanya.
Ini bermakna, struktur cukai jalan yang akan diumumkan nanti itu hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV.

Model BYD antara kenderaan elektrik yang dibawa ke Malaysia.
Terdahulu, MOT menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan mengumumkan tawaran insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM sepenuhnya untuk kenderaan EV bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

