Link Copiedcheck_circle
EV

Sedan EV Volvo Bakal Dijual Tak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seperti sedia maklum, pembuat kereta Sweden, Volvo sudah menyuarakan komitmen mereka untuk beralih menjadi pengeluar kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

Buat masa ini, Volvo sudah menjual dua model elektrik iaitu  XC40 dan  C40 Recharge di pasaran kita.

Malah, beberapa model akan menyusul pada tahun depan, antaranya seperti EX90, SUV EX30 SUV serta MPV elektrik mewah, EM90.

Terbaharu, ada laporan yang menyatakan bahawa  Volvo bakal mempunyai model sedan elektrik yang  akan mula dijual menjelang tahun 2025. 

Ini nyata satu berita baik kerana ia menunjukkan bahawa jenama kereta mewah Sweden itu sebenarnya tidak bersedia untuk meninggalkan sedan tiga kotak tradisional.

Malah, kerja-kerja pembangunan model yang diberi nama kod V551 sudah pun bermula.

Untuk itu, Volvo telah menghasilkan prototaip pra-pengeluaran V551 di China baru-baru ini. 

Perkara itu  disahkan melalui gambar yang telah tersebar meluas di internet.

image.png

Gambar tersebut menunjukkan sekumpulan pekerja Volvo bergambar dengan sepanduk putih yang tertera: Volvo Cars V551 First VP Car Celebration and “Confidential Top Secret".

Bagi yang tidak tahu VP bermaksud  'Verification Prototype' (Pengesahan Prototaip).

Kereta sedan empat pintu dikatakan akan dibina berdasarkan platform SPA2 Volvo yang sama digunakan untuk membina SUV EV  EX90 dan kembarnya, Polestar.

image.png

Ada juga yang membocorkan maklumat bahawa salun EV baharu akan mungkin digelar sebagai 'ES90'.

Ia berkemungkinan mempunyai pilihan antara pacuan motor tunggal, roda belakang (RWD) dan dwi-motor, pacuan semua roda (AWD).

Jentera itu dikatakan akan menggunakan bateri 111 kWj dimana ia boleh melakukan pergerakan sejauh  600 KM

Selain itu, Volvo turut mendedahkan bahawa ES90 itu akan memiliki ukuran panjang 4,999 mm, selebar, 1,945 mm, setinggi 1,547 mm manakala jarak roda pula 3,100 mm.

image.pngimage.png

Ini bermakna ES90 adalah lebih pendek 61MM tetapi  lebih tinggi 32 mm dan lebih lebar 45 mm berbanding model lainnya.

Dari segi berat, 'ES90' akan mempunyai berat sekitar 2,500 KG

Selain itu, tiada butiran lain yang didedahkan tetapi kami yakin semua butirannya akn didedahkan pada suku kedua tahun 2024 nanti.

Gallery

Tag:

Volvo
volvo elektrik sedan
Volvo SPA2 platform
Volvo ES90
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Global

Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...

Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.

07-07-2025
Global

Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.

26-06-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
EV

Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti

Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.

21-02-2025
EV

Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road

Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?

11-02-2025
EV

Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan

Volvo dedah pelan hala tuju produk Volvo bagi tahun 2025, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima model baharu bakal diperkenalkan.

10-02-2025
EV

Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...

Jenama automotif Sweden, Volvo Cars, mengumumkan bahawa ia telah membatalkan sasaran asalnya untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

05-09-2024

Berita Terkini

EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025