Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Skandal Daihatsu: Ini Tindakan Daihatsu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Daihatsu akan menghentikan pengeluarannya di Jepun sehingga akhir Januari 2024 disebabkan isu penyelewengan prosedur ujian keselamatan yang diakui oleh anak syarikat Toyota Motor Corp itu, lapor berita Reuters.

image.pngimage.png

Mengimbas kembali,  isu itu kembali hangat selepas siasatan keselamatan yang dijalankan oleh panel bebas mendapati ia membabitkan lagi 64 model, termasuk beberapa model yang dijual di bawah jenama Toyota.

Selain Jepun, penghantaran kenderaan yang terjejas juga terpaksa dihentikan di Indonesia dan Malaysia, namun kini terdapat perkembangan positif.

Ini kerana penghantaran kenderaan telah disambung semula di Indonesia kerana pihak berkuasa sudah  mengesahkan piawaian keselamatan yang membabitkan semua model kereta.

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

Malah, Reuters melaporkan pengeluar automotif Malaysia Perodua telah pun menyambung semula produksi kenderaan mereka di Malaysia selepas mendapat kelulusan kawal selia.

Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat oleh Perodua.

Cuma sebelum ini, Perodua ada memberi respons berhubung laporan Daihatsu menangguhkan penghantaran beberapa model ekoran isu keselamatan.

image.png

Menurut Perodua, pihaknya sedang melakukan penilaian terperinci mengenai isu skandal ujian keselamatan dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

Sebaliknya, Perodua tidak menyebut sebarang tentang menghentikan pengeluarannya.

Buat masa ini, apa yang kita dapat perhatikan ialah na operasi Perodua sememangnya telah kembali normal, tetapi Perodua  masih menutup mulut.

image.png

Dikhabarkan, penangguhan produksi yang dilakukan oleh Daihatsu bakal menjejaskan 8,000 syarikat pembekal, di mana Daihatsu berjanji akan memberikan pampasan kepada semua 423 syarikat pembekal domestik.

Sebelum ini, Daihatsu Motor Co. mengakui pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan yang membabitkan bahagian panel sisi pintu pada 88,000 unit kenderaan membabitkan empat model kesemuanya. 

Difahamkan, model yang terjejas bukan sahaja yang dijual di bawah jenama Daihatsu tetapi yang dibekalkan secara OEM kepada Toyota, Mazda dan Subaru.

Ini bermakna isu itu turut membabitkan keseluruhan barisan jenama Perodua. Antaranya ialah Perodua Axia 1.0E,  Ativa, Bezza, Myvi dan Aruz.

Gallery

Tag:

Daihatsu
Toyota Motor Corporation
Perodua Myvi
Toyota Vios
Toyota Yaris
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global

Kepimpinan Baharu Berkuat Kuasa 1 Mac 2024

Gara-gara skandal penyelewengan ujian keselamatan, pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation (TMC) menggantikan kepimpinan baharu semalam.

14-02-2024
Global

Skandal Daihatsu: Syarikat Bakal Tanggung Kerugian Cecah RM3.2 Bilion!

Pengeluar automotif Jepun, Daihatsu, terpaksa menghentikan pengeluarannya di Jepun. Ini berita selanjutnya...

03-01-2024
Berita Auto

"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA

Buat masa ini, tiada sebarang komen mengenai pengeluaran dan penghantaran model Perodua.

20-12-2023
Global

Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize Dihentikan

Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize dihentikan gara-gara salah laku ujian keselamatan.

22-05-2023
Global

Jualan Yaris Ativ Dihentikan Tapi Ada Sebabnya

Toyota Motor Corporation telah menghentikan pengeluaran dan jualan Yaris Ativ di Thailand .

09-05-2023
Berita Auto

Axia Selamat! Tidak Terkesan Penipuan Ujian Daihatsu – Perodua

PERODUA memberi jaminan penuh bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada model baharu Perodua Axia masih sah.

30-04-2023
Global

Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun

Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.

08-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026