Link Copiedcheck_circle
Global

Suzuki Swift Tiba Di Eropah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Suzuki Swift sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi di pasaran Eropah, kerana hatchback buatan Jepun ini merupakan antara model terlaris dalam segmennya, sehingga mampu bersaing dengan Hyundai i20 dan Ford Fiesta.

image.pngimage.png

Apa yang lebih menarik, Ford sudah menghentikan pengeluaran Fiesta di Eropah, menyebabkan Suzuki mempunyai peluang keemasan untuk menakluki segmen hatch subkompak.

Maka, tidak hairanlah mengapa Suzuki Swift generasi keempat dibawa masuk ke pasaran Eropah.

Suzuki Swift pernah ditayangkan pada pameran Japan Mobility Show (JMS) pada tahun ini dimana ia menawarkan beberapa perubahan reka bentuk berbanding pendahulunya.

image.png

Ketika itu, ada yang menganggap ia rupa paras generasi model ketiga itu hanya dinaiktaraf.

Berbanding dengan Swift baharu di Jepun, ia menawarkan reka bentuk bampar hadapan yang lebih ringkas dengan mengetepikan kedua-dua lampu kabus dan bampar hadapan yang terdapat pada model pasaran domestik Jepun (JDM).

Selain itu, kedua-dua Swift gen keempat JDM dan Eropah  kelihatan hampir sama, kerana ia menampilkan reka bentuk lampu LED boxier serta diapit dengan gril hadapan berbentuk oktagon manakala  lampu belakang LED berbentuk trapezoid.

Bahagian dalaman pula, ia dilengkapi denan kluster meter separa digital dengan meter analog, infotainmen sebesar 9 inci dan sistem pendingin hawa automatik.

image.pngimage.png

Lebih penting ialah, Suzuki telah mempertingkatkan ciri keselamatan untuk Swift generasi seterusnya, dengan membawa masuk fungsi ADAS seperti bantuan kekal lorong, pemantau pemandu dan pengelakan pelanggaran Dual Sensor Brake Support II .

Tidak seperti kembarnya, JDM, Swift gen keempat ini hanya tiba dalam pilihan rangkaian kuasa hibrid ringan tunggal (MHEV). 

Walaupun Suzuki masih belum mendedahkan prestasi dan angka kecekapannya, namun kami yakin ia  menggunakan enjin petrol 1.2 liter 3-silinder untuk mengoptimumkan tork rendah, serta dipasangkan dengan penjana motor elektrik ISG bersama pek bateri kecil 48 volt.

image.png

Bagaimanapun, butiran lanjut akan mula didedahkan sejurus ia mula dijual selewat-lewatnya suku pertama tahun depan.

image.png

Untuk makluman anda, Swift adalah salah satu model terlaris  di seluruh dunia Dimana Suzuki telah berjaya menjual lebih 9 juta unit Swift sejak penubuhannya dua dekad lalu.


Gallery

Tag:

Next-Gen Suzuki Swift
Suzuki
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

08-11-2023
Global

04-10-2023
Global

26-12-2025
Global

19-10-2025
Global

23-09-2025
EV

19-08-2025
Global

20-06-2025
Berita Auto

26-05-2025

Berita Terkini

Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025