Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tak Perlu Cetak Cukai Jalan, Tunjuk Aplikasi MyJPJ Sudah Memadai

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Roadtax.jpg


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan cukai jalan digital melalui aplikasi MyJPJ tidak perlu mencetaknya untuk tujuan pengesahan ketika melalui sekatan jalan raya. Pemilik hanya perlu menunjukkan cukai jalan digital tersebut jika diminta oleh penguatkuasa.


Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli menerangkan bahawa cukai jalan dalam aplikasi MyJPJ sudah cukup sebagai bukti, dengan syarat cukai tersebut masih sah. “Tetapi jika rasa ragu-ragu boleh cetak dan simpan dalam kereta,” tambahnya. 


MyJPJ-App-(6).jpg


Beliau menegaskan bahawa pihak JPJ tidak mewajibkan orang ramai untuk memaparkan cukai jalan pada cermin kereta. Oleh itu, pengguna tidak perlu bimbang kerana tidak akan ada tindakan diambil jika mereka tidak dapat menyediakan cetakan fizikal cukai jalan.


"Bagi pemandu yang cukai jalannya sah, tidak perlu risau terhadap operasi jalan raya oleh pihak berkuasa kerana melalui aplikasi, cukai tersebut diiktiraf sebagai sah, dan tindakan tidak akan diambil," katanya dengan tegas.


MyJPJ-caricarz-full.jpg


Aedy Fadly juga menyatakan bahawa kesedaran mengenai aplikasi MyJPJ dan JPJ ID semakin meningkat di kalangan orang ramai. “Sehingga minggu lalu, lapan juta pengguna jalan raya mendaftar JPJ ID dan 7.1 juta daftar aplikasi MyJPJ. Jadi kita ada kira-kira 17 juta pemegang lesen dan sudah separuh mendaftar digital.


“Tahun depan kita akan tingkatkan lagi promosi berkaitan aplikasi ini bagi mencapai capaian digital sepenuhnya menjelang 2025,” katanya.

Tag:

MyJPJ
JPJ ID
Cukai Jalan
JPJ
Cukai Jalan Fizikal
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Tips

Jadikan Kes Ini Pengajaran: Kenapa Aplikasi MyJPJ Tak Boleh Guna Di Luar Negara?

Masih ramai tidak tahu, aplikasi MyJPJ tidak laku di luar negara.

13-07-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto

Lesen Mati Lebih 36 Bulan Tak Dapat Subsidi Budi95

Syarat Baharu BUDI95: Pastikan Lesen Memandu Aktif, Elak Hilang Kelayakan Subsidi.

26-03-2026
Tips

Tutorial Bayar Saman Guna MyJPJ

Panduan Lengkap: Langkah demi Langkah Cara Bayar Saman Guna MyJPJ.

16-03-2026
Berita Auto

MyDigital ID Satu-Satunya Cara Log Masuk Mulai 1 Mei – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Masih belum sempat daftar MyDigital ID? Ada berita baik! JPJ telah melanjutkan tarikh akhir pendaftaran sehingga 1 Mei 2026.

02-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026