Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota, Honda, Isuzu & Mitsubishi Bakal Tubuh Kilang Di Thailand – Labur RM20.4 Bilion

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Salah satu syarikat EV dari negara China, Changan Auto, telah memilih untuk mendirikan kilang di Thailand. Kali ini Thailand menjadi tumpuan syarikat automotif Jepun. 


Empat syarikat automotif Jepun dilaporkan akan membuat pelaburan kira-kira 150 bilion baht (~RM20.4 bilion) untuk pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di negara Thailand. Berita ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Thailand dalam arena automotif global, tetapi juga membuktikan kejayaan polisi kerajaan tersebut untuk menarik pelaburan asing


Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin menegaskan komitmen kerajaan untuk menyokong sektor automotif Thai-Jepun. Objektifnya adalah untuk memudahkan peralihan daripada kereta petrol kepada kenderaan elektrik yang lebih mesra alam. 


Jurucakap kerajaan, Chai Watcharong, berkata, kerjasama ini bertujuan untuk merangsang peningkatan pelaburan di Thailand dan menjadikan negara ini sebagai hab utama untuk pengeluaran kenderaan elektrik di rantau ASEAN.


dummy.png


Toyota menganggarkan sekitar 1.7 juta EV akan dihasilkan menggunakan platform binaan baharu yang direka khas menjelang tahun 2030, menggunakan bateri pepejal mulai tahun 2027.


Semasa mesyuarat ASEAN-Jepun yang berlangsung dari 14 hingga 18 Disember, Perdana Menteri terlibat dalam perbincangan penting dengan tujuh syarikat automotif utama Jepun. Hasil perbincangan ini, Lembaga Pelaburan Thailand (BOI) mengumumkan rancangan pelaburan yang besar dalam tempoh lima tahun akan datang di mana ketujuh-tujuh syarikat automotif tersebut telah mengesahkan hasrat mereka untuk menjadikan Thailand sebagai pusat pengeluaran utama di rantau ini. 


ev-kilang-1.jpeg


Kilang pemasangan kenderaan (Gambar hiasan)


Empat raksasa automotif yang dijangka akan membuat pelaburan besar untuk pengeluaran EV di negara tersebut ialah Toyota, Honda, Isuzu dan Mitsubishi. Toyota melaburkan sebanyak 50 bilion baht (~RM6 bilion), Honda sebanyak 50 bilion baht (~RM6 bilion), Isuzu sebanyak 30 bilion baht (~RM3 bilion) dan Mitsubishi sebanyak 20 bilion baht (~RM2.6 bilion). Beberapa syarikat ini malah merancang untuk memulakan pengeluaran trak pikap elektrik dalam tempoh 2-3 tahun akan datang.


Kerjasama ini tidak terhenti pada rancangan pengeluaran, kerana syarikat-syarikat ini turut merancang untuk mewujudkan model pertukaran bateri (battery-swapping) bagi kenderaan komersial. Selain itu, Thailand juga sedang aktif untuk menjadikan persekitaran pelaburannya lebih kondusif dengan menawarkan pengecualian visa jangka pendek untuk pelabur Jepun yang melawat Thailand bagi tujuan perniagaan.


20160623_01_01_W610_H407.jpg


Srettha menjelaskan bahawa negaranya bersedia untuk menyokong dan berkerjasama dengan pengeluar kereta Jepun yang mencari peluang untuk berkembang lebih jauh, sekaligus merangsang peluang ekonomi untuk kedua-dua negara dalam industri kenderaan elektrik yang kini sedang berkembang pesat.

Tag:

Toyota
Honda
Isuzu
Kilang EV Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026