- Berita
- EV
- RUU 2026: Syarat Pendaftaran EV Bakal Lebih Ketat
Kerajaan mengetatkan pendaftaran kenderaan elektrik (EV) menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan, di mana EV wajib mempunyai nombor siri dan nombor casis yang jelas. JPJ berkuasa menolak kelulusan lesen/cukai jalan jika butiran tersebut rosak atau diusik bagi membanteras isu penipuan dan EV klon.
Era kereta elektrik (EV) kini semakin mendapat tempat di Malaysia, namun kawalan keselamatan terhadap kenderaan futuristik ini nampaknya bakal diperketatkan!
Ketiadaan nombor enjin pada EV tidak lagi menjadi ‘lubang’ untuk mana-mana pihak menipu. Menerusi Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Seksyen 10 Akta Pengangkutan Jalan, kerajaan menetapkan pendaftaran EV kini jauh lebih ketat.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menjelaskan, memandangkan EV tidak menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE) konvensional, penekanan khusus kini diberikan kepada nombor siri kenderaan motor elektrik dan nombor casis.

"Pindaan ini memperjelaskan bahawa mana-mana kenderaan elektrik perlu mempunyai nombor siri dan nombor casis yang terang, jelas, dan tidak terusik," katanya.
Tiada Lagi Istilah 'EV Klon'
Langkah ini bukan sekadar formaliti. Pindaan Seksyen 17 akta sama turut memberikan kuasa penuh kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menolak kelulusan Lesen Kenderaan Motor (LKM) jika butiran pengenalan EV didapati rosak, kabur, atau disyaki diusik.
Langkah drastik ini diambil bagi membanteras sindiket penipuan dan kewujudan kenderaan klon EV yang berpotensi merugikan pengguna dan mengancam keselamatan jalan raya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

