Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW X5, Harga Anggaran RM530K, 489HP

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW X5 xDrive50e M Sport Baharu versi pemasangan secara tempatan (CKD) yang dijual pada harga anggaran sekitar  RM530,000.

 Hadir dengan pakej M Sport secara standard, BMW X5 xDrive50e menerima beberapa penambahbaikan.

image.pngimage.png

 Antaranya dari segi prestasi, tahap efisiennya, memuatkan lebih banyak kuasa dengan jarak operasi elektrik yang lebih tinggi.

 Menyentuh sedikit mengenai prestasinya, BMW X5 xDrive50e M baharu didatangkan dengan rangkaian kuasa PHEV dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  489 hp – iaitu 96 hp lebih tinggi berbanding model terdahulunya.

image.pngimage.pngimage.png

Malah, torknya juga kini  lebih tinggi iaitu berjumlah 700 Nm. Dengan adanya gabungan enjin petrol enam sebaris 3.0 liter serta motor elektriknya, ini membolehkan BMW X5 xDrive50e M Sport baharu memecut  dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 4.8 saat.

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, kuasa elektrik jentera PHEV ini juga telah dinaik taraf, dimana ia kini memberikannya jarak operasi elektrik sejauh 110 km (WLTP).

image.png

Selain penambahbaikan sebanyak 7.4 kW dalam aspek pengecasan, jentera ini juga bole dicas dari 0-100% hanya dalam tempoh 4.5 jam.

Menjengah bahagian kabinnya, terdapat BMW Curved Display bersaiz 14.9 inci dengan kluster paparan digital penuh yang boleh diakses pemandu.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan  BMW Operating System 8.5 termasuk BMW Live Cockpit Professional dan panel instrumen BMW yang menyokong pelbagai kaedah interaksi di antara pengguna dan kenderaan ini melalui iDrive Controller, suara, sentuhan atau dengan menggunakan Gesture Control.

antara kelengkapan lain ialah Light Bar manakala sistem bunyi keliling Harman Kardon turut didatangkan secara standard.

Konsol tengah kini menampilkan tata atur baharu serta butang fungsi sentuh tambahan, dan penukaran gear kini dibuat dengan (rocker switch).

image.png

Sementara itu, ciri-ciri standard tambahan bagi SAV ini juga terdiri daripada BMW Comfort Access, Driving Assistant Professional, Parking Assistant Professional, berserta warna eksterior Black Sapphire, Manhattan, Mineral White, dan Skyscraper Grey, di samping upholsteri interior "Merino", daripada famili BMW Individual Extended Leather, yang hadir dengan dua pilihan warna – Black dan Tartufo, kedua-duanya mencerminkan susuk atletik dan kemewahan moden BMW X5 xDrive50e M Sport baharu.

 image.png

Sehubungan itu, para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah pilihan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW X5 xDrive50e M Sport baharu.

 

Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMWX5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.

21-01-2026
Kereta Baru

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru