Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Mula Tunjuk Taring, Dah Mampu Pintas Tesla

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kereta Tesla.

Dalam diam syarikat China, BYD menunjukkan belangnya apabila mereka berjaya memintas Tesla yang merupakan pengeluar kenderaan elektrik terbesar di dunia.

Rekod itu berjaya dicipta BYD pada suku keempat tahun lepas apabila mereka berjaya menjual 526,409 unit berbanding Tesla yang cuma  484,507 unit.

image.png

Laporan menunjukkan jualan BYD dan Tesla pada tahun lepas.

Perkara itu didedahkan selepas kedua-dua syarikat mendedahkan laporan mereka dimana jualan BYD mencecah 3 juta unit manakala Tesla pula hanya 1.8 juta unit.

Untuk sepanjang tahun 2023, BYD menjual 3,023,679 kenderaan elektrik, dimana angka itu dilihat meningkat 62% berbanding tahun  2022, dengan 52% adalah BEV. 

image.png

BYD ATTO 3.

Sementara itu, Tesla pula telah membuat 1,808,581 penghantaran kenderaannya kepada pelanggan pada 2023 dan mereka menandakan peningkatan 38% daripada tahun sebelumnya.

Berdasarkan laporan, BYD mencapai rekod suku keempat dengan menjual 942,651 unit , dengan 55% adalah elektrik sepenuhnya (BEV) dan 45% hibrid plug-in (PHEV). 

Dikhabarkan, BYD telah menghentikan pengeluaran kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) pada April 2022.

Bagi yang tidak tahu, pada mulanya, BYD bermula sebagai pengeluar bateri . dan kemudian mereka memasuki industri automotif pada pertengahan 2000-a.

Sejak itu, BYD sering dibandingkan dengan Tesla. Walaupun BYD disokong pelabur terkenal di dunia,  Warren Buffett, namun Tesla dan BYD sebenarnya berbeza terutama dari segi  produk dan falsafah perniagaan mereka.

Bagi tahun ini,, BYD merancang untuk melancarkan lebih banyak model baharu dan bakal melancarkan jenama EV baharu mereka iaitu YangWang dan Fang Cheng Bao.

 Di Malaysia, BYD sudah melancarkan Atto 3 dan Dolphin manakala Seal akan dilancarkan akhir bulan ini. 

Sebaliknya, Tesla Malaysia pula hanya menjual Model 3 dan Y di Malaysia namun dikhabarkan kedua-dua modelnya laku keras berbanding di negara jiran.


Gallery

Tag:

Tesla Model 3
Tesla Y
Tesla
BYD
BYD ATTO 3
BYD Dolphin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.

23-01-2026
Kereta Baru

Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000

Tesla dalam diam menawarkan varian baharu untuk Model 3 di Malaysia, iaitu varian Long Range Rear-Wheel Drive (LR RWD). Kini, model ini tersedia untuk konfigurasi atas talian bermula dari RM185,000.

03-10-2025
EV

Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa

Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+.

13-08-2025
EV

Tesla Model 3 & MGS5 EV Raih Euro NCAP 5 Bintang

Keluaran yang terkini bagi Tesla Model 3 dan MGS5 EV telah memperoleh penarafan keselamatan lima bintang dalam Euro NCAP.

22-05-2025
EV

Tesla Takeover Asia 2025 Bakal Berlangsung Di Malaysia 22-23 Feb Ini

Hanya dua tahun selepas Tesla memasuki pasaran Malaysia secara rasmi, negara ini kini diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi acara sulung Tesla Takeover Asia 2025.

03-02-2025
Global

Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan

Tesla mengeluarkan notis panggilan semula buat kali ke-15 tahun ini, kali ini melibatkan hampir 700,000 kenderaan.

24-12-2024
EV

Avatr 06 Didedahkan Di China – Kolaborasi Changan, CATL & Huawei

Syarikat automotif dari negara China, Changan Automobile, telah melahirkan sebuah model elektrik baharu, Avatr 06.

13-12-2024
Berita Auto

Tesla Optimus Robot Dipamerkan Di Pavilion KL, Tapi...

Tesla kini kembali ke Pavilion Kuala Lumpur bagi mempromosikan Model 3 dan Model Y

07-08-2024

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026