Link Copiedcheck_circle
EV

Fungsi V2L BYD Atto 3 Jadi Penyelamat Nyawa Anak Kecil Ini...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Atto-3-Source-CariCarz-03.jpg


BYD Atto 3 sedang dicas berhadapan dengan bilik pamerannya di Ara Damansara. (Sumber foto: CariCarz)


Semasa cuti Hari Krismas bulan lalu di Australia, ribut kuat telah melanda sebuah destinasi percutian terkenal negara tersebut, Gold Coast, yang mengakibatkan bukan sahaja kerosakan harta benda tetapi juga bekalan elektrik terputus, meninggalkan ramai penduduk dalam kegelapan. 


Bagi seorang ibu di kawasan yang ditimpa bencana ini, ketiadaan bekalan elektrik bermakna dia tidak dapat mengidupkan mesin dialisis demi nyawa anak lelakinya, Levi, yang berusia 11 tahun.


Tetapi siapa sangka, keputusannya untuk membeli sebuah kenderaan elektrik (EV) telah menyelamatkan nyawa anak kesayangan. 


Kristy Holmes menemui cara untuk menghidupkan mesin dialisis anaknya dengan menggunakan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang terdapat pada EV miliknya, BYD Atto 3.


Kristy berkata bahawa dia dan suaminya pertama kali menggunakan keupayaan V2L kereta untuk membekalkan kuasa elektrik kepada peti sejuk mereka dan jiran-jiran lain dalam bangunan apartmen yang sama. Mereka kemudiannya memutuskan untuk melihat sama ada ia boleh digunakan untuk menghidupkan mesin dialisis. 


1512.jpg


Kristy Holmes bersama anaknya, Levi, dengan BYD Atto  3 mereka (Sumber foto: The Guardian)


"Kami menggunakan kuasa dari kereta. Kami hanya perlu menggunakannya untuk satu malam. Kami sebenarnya boleh menggunakan fungsi ini sekurang-kurangnya untuk empat malam sebelum kereta perlu dicas di tempat lain," jelas Kristy seperti dilaporkan oleh The Guardian.


BYD-Atto-3-Source-CariCarz-49.jpg


BYD Atto 3 mempunyai kemampuan V2L yang boleh diakses melalui dock aksesori khas yang terdapat pada bahagian port pengecasan (Sumber foto: CariCarz)


Ujarnya lagi, anak lelakinya akan dimasukkan dalam senarai penerima organ dan berkemungkinan besar akan berhadapan dengan risiko kesihatan yang boleh membahayakan nyawa sekiranya tidak menerima rawatan. 


Daripada pengalaman ini, Kristy berkata keluarganya tidak akan kembali menggunakan kereta dengan enjin pembakaran (ICE) lagi. Sebelum kejadian mencemaskan ini berlaku, Kristy mengakui bahawa dia hanya menggunakan fungsi V2L Atto 3 untuk perkara yang tidak penting.


BYD-Atto-3-Source-CariCarz-44.jpgBYD-Atto-3-Source-CariCarz-45.jpg


CariCarz.com pernah diberikan peluang untuk menguji BYD Atto 3. Klik sini untuk membaca ulasan kami


Kisah ini merupakan salah satu daripada banyak lagi situasi mendesak yang menunjukkan kepentingan V2L dalam kehidupan seharian. Fungsi sama bukan hanya ditawarkan oleh BYD Atto 3, tetapi banyak lagi model EV lain di pasaran. Yang pasti, model-model lain di bawah BYD seperti Dolphin dan Seal juga dilengkapi dengan ciri V2L yang sama. 


Di Malaysia, BYD Atto 3 menerima sambutan yang menggalakkan selepas ia dilancarkan pada penghujung tahun 2022. Jenama ini kini aktif memperluaskan barisan produknya dengan pengenalan model baharu untuk pasaran tempatan seperti hatchback Dolphin pada tahun 2023, dan dijangka akan melancarkan sedan sports Seal tidak lama lagi. 

BYD-Atto-3-Source-CariCarz-71.jpg

Tag:

BYD Atto 3
BYD EV
BYD Atto 3 V2L
Vehicle-to-Load (V2L)
BYD Penyelamat Nyawa
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

11-11-2025
Kereta Baru
Kereta Baru
EV

23-06-2025
Kereta Baru

14-03-2025

Berita Terkini

EV

Hyundai Staria Electric Diperkenalkan – Cas 20 Minit, Cecah 400 KM

Selepas kejayaan barisan model IONIQ, kini tiba masa untuk MPV Hyundai Staria pula muncul dengan teknologi elektrik. Model yang dinamakan Staria Electric ini diperkenalkan di acara automotif Brussels Motor Show.

12-01-2026
EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026