Link Copiedcheck_circle
EV

Bateri EV Ini Boleh Capai 500,000 KM? Biar Betul?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

QuantumScape-(2).jpeg


Sebuah entiti di Amerika Syarikat, QuantumScape, telah berjaya membangunkan teknologi bateri kenderaan elektrik (EV) yang memiliki tahap ketahanan luar biasa. 


Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, bateri yang dicipta berjaya melalui kitaran pengecasan sehingga 1,000 kali tanpa sebarang masalah.


QuantumScape-(5).jpg


Ujian bateri yang mengambil masa selama beberapa bulan itu telah diadakan di sebuah makmal bateri Salzgitter milik PowerCo, sebuah organisasi di bawah Volkswagen Group yang menjalankan aktiviti R&D untuk bateri EV.


Hyundai-Ioniq6-MaxRWD-Review-Exterior-10.jpg


Jika dilihat daripada model-model elektrik yang telah dilancarkan di Malaysia, dan daripada model yang CariCarz pernah diberikan peluang untuk pandu uji, Hyundai Ioniq 6 varian Max RWD memberikan jarak EV yang paling jauh dalam dunia sebenar iaitu antara 450 ke 500 KM atau 614 KM atas kertas (Gambar hiasan)


Kejayaan ini bermaksud sebuah kereta elektrik dengan jarak perjalanan WLTP antara 500 hingga 600 KM dapat mencapai jarak perjalanan keseluruhan yang luar biasa iaitu sehingga 500,000 KM dengan menggunakan bateri sama. Sel ini mengekalkan kapasiti sebanyak 95 peratus pada akhir ujian, turun hanya 5% daripada kemampuan awal. 


QuantumScape-(7).jpg


Ketua Pegawai Eksekutif PowerCo, Frank Blome, menyatakan, "Ini adalah hasil yang sangat memberangsangkan yang menunjukkan potensi sel pepejal." Beliau menambah bahawa kemajuan ini mungkin membawa kepada bateri dengan jarak perjalanan jauh, pengecasan ultra-pantas dan jangka hayat yang panjang.


QuantumScape-(6).jpg


Sel pepejal QuantumScape bukan hanya berjaya melebihi sasaran industri untuk kitaran pengecasan dan kehilangan kapasiti, tetapi juga memenuhi kriteria pengecasan pantas, keselamatan dan penurunan kapasiti kendiri (self-discharge). 


Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi QuantumScape, Jagdeep Singh berkata, "Keputusan ujian oleh PowerCo Volkswagen Group menunjukkan kecemerlangan teknologi QuantumScape. Walaupun masih banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum [bateri ini] boleh memasuki pasaran, kemampuan bateri lithium-logam ini untuk mengekalkan tenaga membuatkannya menyerlah [berbanding bateri lain.]”


QuantumScape-(4).jpgQuantumScape-(2).jpg


QuantumScape berharap untuk bekerjasama rapat dengan Volkswagen Group dan PowerCo untuk membawa teknologi ini di pasaran secepat mungkin. 

Tag:

Bateri EV
QuantumScape
PowerCo
Volkswagen Group
Teknologi EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi
Teknologi
Global

18-03-2025
EV

29-06-2024
EV

30-05-2024
EV

10-05-2024
Global

02-05-2024
Global

15-01-2024

Berita Terkini

EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV
PRO-NET Agresif:  Buka 2 Lagi Outlet  Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026