Link Copiedcheck_circle
EV

GWM Bakal Perkenal Sedan EV, Ora 07, di Malaysia Tahun 2024, Ini Yang Dijangkakan...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GWM-Ora-07-EV-15.jpg


Sumber dalaman kami dari GWM Malaysia, mendedahkan bahawa model sedan elektrik, Ora 07, dijangka akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi. 


Beberapa bulan selepas kemunculannya di negara jiran, sedan EV, GWM Ora 07 dikatakan bakal tiba di pasaran kita. Menurut sumber dalaman kami dari GWM Malaysia, sedan EV ini akan diperkenalkan di Malaysia dalam tahun ini, dan bakal memberikan saingan sengit kepada model-model elektrik lain seperti Tesla Model 3 dan BYD Seal yang akan dilancarkan tidak lama lagi. 


GWM-Ora-07-EV-6.jpgGWM-Ora-07-EV-3.jpg


Menurut sumber tersebut, Ora 07 akan ditawarkan dalam dua  varian untuk pasaran tempatan, iaitu varian asas 'Long Range' (LR) dan varian tertinggi, 'Performance.’  


Malaysia dijangka akan menerima model ini dalam spesifikasi sama seperti pasaran Thailand yang mana model LR menggunakan satu motor elektrik hadapan (FWD) dengan kuasa 201 HP (204 PS) dan 340 NM. 


Sementara itu, varian Performance pula akan dikuasakan oleh dua motor, dengan sistem pacuan semua roda (AWD), membolehkan EV ini mencapai kuasa 402 HP (408 PS) dan 680 NM. Angka ini memberikan prestasi 0-100 KM/J sepantas 4.3 saat, dengan kelajuan maksimum 180 KM/J. 


Dari segi bateri, kedua-dua varian Ora 07 menggunakan bateri LFP 83.5 kWh, memberikan model LR jarak perjalanan maksimum sejauh 600 KM (WLTP). Manakala model yang lebih menumpukan pada prestasi, Performance pula boleh mencapai jarak maksimum lebih rendah, iaitu 495 KM (WLTP). 


Web_CariCarz_Tesla-Model-3-02.jpgBYD-Seal-2.jpg


Adakah kehadiran Ora 07 akan menggugat kedudukan Model 3 (kiri) dan BYD Seal (kanan)?


Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, prestasi dan jarak yang mampu dicapai Ora 07 meletakkan model ini sebagai pesaing terdekat Tesla Model 3 facelift (kini di pasaran) dan BYD Seal (bakal dilancarkan tidak lama lagi).


GWM-Ora-07-EV-12.jpgGWM-Ora-07-EV.jpg


Untuk maklumat pembaca, Tesla Model 3 ditawarkan dalam dua varian iaitu Standard dan Long Range yang mana masing-masing menawarkan jarak EV sehingga 513 KM dan 626 KM (WLTP). Namun begitu, spesifikasi terperinci bagi BYD Seal masih belum diumumkan untuk kami kongsikan di sini. 


Sumber dalaman kami turut memaklumkan bahawa GWM Ora 07 akan membuat kemunculan di negara ini tidak lama lagi dengan jangkaan seawal suku pertama (Q1) tahun ini, mungkin pada sekitar bulan Mac. Jika dibandingkan dengan pesaingnya, kita boleh menganggarkan Ora 07 akan ditawarkan pada harga kira-kira RM180,000 hingga RM220,000.

GWM-Ora-07-EV-8.jpg

Tag:

ORA 07
GWM Ora 07
GWM Malaysia
Sedan EV Ora
Sedan GWM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

28-07-2024
Global

30-11-2023
Berita Auto
Berita Auto

20-11-2024
Berita Auto
Pandu Uji

28-07-2024

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026