- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Kekal Hingga 10 Januari 2024

Berita baik buat rakyat Malaysia! Harga minyak dikekalkan bermula esok hingga 10 Januari depan. Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Kewangan menyatakan bahawa harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling semasa,” katanya.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv