Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Jom Dengar Pengalaman Pemilik Ford Ranger

Suhana Veru

Kongsi melalui

PRO---38024-FORD-PODCAST-SERIES_Static-Key-Visual_6-NOV.jpg

Bagi mereka  yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai gaya hidup pemilik Ford Ranger, anda boleh melayari audio  “Ford Malaysia: Built for Life” di Spotify bermula 28 Januari ini.

Ia yang diterbitkan oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), tidak hanya memberi tumpuan terhadap spesifikasi teknikal dan maklumat berkaitan industri, sebaliknya audio tersebut lebih memberi perhatian kepada aspek kemanusiaan.

Dibawakan dalam format penyampaian cerita yang menarik dalam bentuk anekdot, wawancara dan perkongsian pengalaman, “Ford Malaysia: Built for Life” menyelongkar kisah dan pengalaman pemilik Ford Ranger dan komuniti mereka.

Bukan hanya pemilik dan peminat lain, siri audio siar ini turut mengundang pakar dalam bidang yang akan berkongsi pandangan, tips berguna, dan kisah-kisah lain yang tidak pernahditemui di mana-mana platform lain.

DSC01022.JPG

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata,  audio itu bukanlah sekadar gimik.

“Ia adalah luahan pertalian erat antara Ranger dan komunitinya. Ia menjadi simbol lebih daripada sekadar kenderaan kerana mewakili gaya hidup Ranger yang melibatkan pengembaraan, ketahanan dan semangat meneroka seiring semangat untuk berkomuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman anda, audio itu dihoskan oleh personaliti radio JJ Fernandez. Ia mempunyai enam episod dimana setiap satunya menampilkan kisah berbeza.

Setiap episod akan disiarkan secara langsung di Spotify pada setiap hari Ahad, selama enam minggu bermula dari 28 Januari ini.

Anda boleh mendengar audio itu di http://www.sdacford.com.my/built-for-life-podcast.

Tag:

Ford sdac
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026
Gaya Hidup

Jangan Sampai Minyak Habis, Hubungan Pun 'Kering'

Jangan Panggil Dia Kedekut: Kisah Benar Di Sebalik Tangki Minyak Yang Makin Kurang.

19-05-2026
Gaya Hidup

Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia

Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan

15-05-2026
Gaya Hidup

Program CSR BYD Malaysia: Inisiatif Penanaman Pokok Light the Change dan Bantuan Kemanusiaan Sandakan

Melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Light the Change, BYD kini menterjemahkan lebih 1,200 ikrar digital orang awam kepada tindakan nyata di lapangan.

27-04-2026
Gaya Hidup

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Gaya Hidup

Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas

Program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels diperluas bagi menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas.

26-03-2026
Gaya Hidup

Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?

Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.

10-03-2026
Gaya Hidup

Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan 150 Anak Tahfiz, Asnaf

Yayasan PEKEMA telah menjayakan Majlis Malam Seribu Keberkatan & Kerahmatan, sebuah inisiatif murni untuk menyantuni pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf di dewan Masjid Raja Haji FI Sabilillah, Cyberjaya, pada minggu lepas.

09-03-2026