Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAS Guna BMW i7 Untuk Penumpang Atasan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Malaysia Airlines yang bakal memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal akan menggunakan kereta elektrik BMW, BMW i7 untuk mengambil para penumpangnya dari terminal  mulai 1 Februari nanti.

Pihak Malaysia Airlines akan menggunakan jentera mewah itu untuk perkhidmatan terbaharunya selepas mereka menjalin kerjasama dengan BMW Group Malaysia menerusi rakan wakil pengedarnya, Ingress Auto Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, jentera mewah itu akan digunakan untuk para penumpang Enrich Platinum, Business Suite, dan Business Class yang terbang bersama Malaysia Airlines.

image.png

Difahamkan, beberapa model BMW i7 akan digunakan untuk mengambil penumpang yang akan berlepas di Pintu G1 Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit di KLIA Terminal 1.

Bagaimanapun, perkhidmatan eksklusif ini dilihat cukup sesuai untuk pengembara solo, pasangan, dan keluarga dengan had seramai empat  penumpang bagi setiap kenderaan.

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan dari Kumpulan Penerbangan Malaysia

(MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, pihaknya berhasrat untuk menaik taraf pengalaman penerbangan buat para pelanggan segmen atasan.

“Menerusi perkhidmatan eksklusif ini, ini dapat memastikan pelanggan dapat menikmati keselesaan serba premium,”katanya. 

image.png

Sementara itu, Pengarah Urusan Ingress Auto Sdn Bhd, Rabian Ab Rahman berkata, pihaknya  cukup teruja untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia Airlines dalam menyediakan pengalaman mewah untuk penumpang premium mereka.

image.png

“Penggunaan BMW i7 melambangkan inovasi dan kelestarian dalam industri automotif, seiring dengan komitmen kami untuk terus menunaikan janji kecemerlangan automotif premium di Malaysia,”ujarnya.


Gallery

Tag:

Ingress Auto
MAS Airlines
BMW i7 Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-04-2025
Kereta Baru

30-12-2020
Berita Auto

26-02-2025
Kereta Baru

23-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026