Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Meter Baru 46KM, Kereta Dah Rosak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang wanita ''naik darah'' apabila mendapati Perodua Bezza yang baru dibelinya itu rosak dalam tempoh tidak sampai lapan jam menyebabkan dia terpaksa menularkan kes itu di media sosial.

Nagakanni Subramaniam,31,  berkata, walaupun kenderaan itu kini tersadai di pusat servis, dia masih perlu membayar ansuran bulannya sebanyak RM537.

Menceritakan kejadian malang itu di Facebook, dia yang bekerja sebagai kerani berkata, pada 18 Oktober lepas, keretanya sudah dibawa ke pusat servis di Segamat .

Mekanik yang membaiki keretanya itu  memaklumkan bahawa enjin keretanya telah rosak.

"Berikutan kejadian itu, saya memohon untuk mendapatkan kereta ganti yang baharu sebelum diminta menunggu keputusan dari ibu pejabatnya yang memerlukan tempoh dua minggu hingga sebulan.

"Pada 9 November pula, ada individu dari ibu pejabat Perodua menghubungi saya, memaklumkan berdasarkan siasatan awal, enjin kereta itu rosak disebabkan ada benda asing seperti gula dan menyatakan bahan itu tidak digunakan oleh pengeluar kereta itu," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

image.png

Susulan itu, dia telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu.

image.png

Menurutnya pada 4 Disembe lalu, jurujual dari pusat jualan di Segamat pula meminta dokumen untuk membuat pinjaman kedua tetapi dia terpaksa menolak permintaan itu kerana pinjaman pertama masih belum diselesaikan.

Sejurus itu pada 8 Disember, khidmat pelanggan memberitahu bahawa cadangan akhir belum dipersetujui dan ibu pejabat sedang menyelidik kesilapan dalaman dan mereka belum boleh beri persetujuan hitam putih untuk tukar kereta saya dengan yang baharu," jelasnya.

image.png

Malangnya, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang jawapan daripada pengeluar kereta itu walaupun tempoh telah melebihi dua bulan.

Gallery

Tag:

Perodua
Perodua Bezza
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026