Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pameran Mobiliti KLIMS Kembali Tahun Ini Dengan Nama Baharu! Ini Tarikh & Lokasi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MAA-AnnualPressConference-2023-18.jpg


MAA telah membuat penjenamaan semula KLIMS 2024 sebagai Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 5-11 Disember 2024 di MITEC


Persatuan Automatif Malaysia (MAA) semasa sidang media yang diadakan pada awal minggu ini telah memaklumkan bahawa pameran kenderaan besar-besaran, KLIMS, akan kembali diadakan pada tahun ini dengan tarikh, lokasi dan nama baharu pameran diumumkan. 


Acara KLIMS yang sebelum ini dinamakan Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur diberikan penjenamaan semula dengan nama baharu, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur. 


KLIMS 2024 dijadualkan akan berlangsung dari 5 hingga 11 Disember tahun ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. 


MAA-AnnualPressConference-2023-19.jpgKLIMS.jpg


Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain (kiri), mengumumkan penganjuran pameran KLIMS tahun ini


Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, menjelaskan bahawa walaupun diberikan penjenamaan semula, teras utama KLIMS tahun ini tetap sama seperti sebelumnya, dengan pameran ini memberi tumpuan kepada jenama dan bukannya acara jualan besar-besaran. 


KLIMS-1.jpgAllahyarhamah-Datuk-Aishah-Ahmad-Former-MAA-President.jpg


Selain KLIMS, pameran automotif terkenal di peringkat antarabangsa yang lain seperti Pameran Mobiliti Jepun juga telah memperbaharui konsepnya akhir-akhir ini, di mana beberapa elemen mobiliti telah diintegrasikan ke dalam pameran utama.


Sebelum pengumuman ini dibuat, MAA pernah memberikan bayangan kedatangan semula KLIMS sejak tahun 2022 lagi, semasa sidang media tahunan bersama bekas presiden persatuan, Allahyarhamah Datuk Aishah Ahmad.


Kali terakhir KLIMS diadakan di negara ini adalah pada tahun 2018. Oleh itu, kedatangannya dinanti-nantikan bagi mengakhiri ‘kemarau’ acara ini selama enam tahun lamanya, dengan harapan MAA akan terus mengadakannya pada tahun-tahun akan datang. 

Tag:

KLIMS 2024
Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS)
Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Pameran Automotif
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

EPMB Pasang GWM Haval Jolion HEV, WEY 80 PHEV Di Melaka

EPMB akan memasang secara tempatan Jolion HEV dan WEY 80 di kilangnya yang terletak di Pegoh, Melaka.

17-12-2024
Berita Auto

KLIMS 2024: 183, 211 Pengunjung Meriahkan KLIMS 2024

Kira-kira 70 jenama automotif dan mobility terkemuka menyertai KLIMS 2024 yang berakhir pada 11 Disember lalu.

15-12-2024
EV

SUV Elektrik Peugeot e-3008 Dipertontonkan – Capai 700 KM, Pelancaran 2025 Nanti?

Di sebalik perhatian yang diberikan kepada model lain di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024), Peugeot turut mempertontonkan SUV elektrik, Peugeot e-3008.

12-12-2024
Kereta Baru

Nissan X-Trail e-Power Dipertontonkan Di KLIMS 2024 – SUV Hibrid 'Range Extender' Ini Bakal Dilancarkan?

Walaupun Nissan Kicks e-Power menjadi tumpuan utama di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Nissan sebenarnya turut memperkenalkan satu lagi model hibrid e-Power, iaitu Nissan X-Trail generasi keempat.

11-12-2024
Berita Auto

Konsep Honda Prelude Dipamerkan Di KLIMS 2024, MITEC – Coupe Hibrid Ini Bakal Dikeluarkan 2025 Nanti?

Honda Malaysia kini mempertontonkan model konsep, Honda Prelude di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

05-12-2024
Berita Auto

SUV Mazda CX-60 & CX-80 Dipertontonkan Di KLIMS 2024 – Elegan, Sarat Teknologi

Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 telah membuka tirainya secara rasmi. semalam. Sempena acara ini, pelbagai model baharu dipertontonkan oleh jenama-jenama automotif Malaysia, termasuklah Bermaz Auto (BAuto).

05-12-2024
Kereta Baru

Mazda CX-5 MazdaSports Limited Edition Kini Di Malaysia – Sentuhan Sporty Untuk Semua Varian CX-5

Bermaz Auto Berhad (BAuto) secara rasmi mendedahkan Mazda CX-5 MazdaSports (MS) Limited Edition di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

04-12-2024
Berita Auto

Konsep Honda Prelude Buat Kemunculan Pertama Di Malaysia Semasa KLIMS 2024 Nanti

Honda Malaysia mengumumkan bahawa model konsep Honda Prelude akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

26-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026