Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pratonton Jaecoo J7 – Boleh Off-Road, 194 HP, Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Jaecoo-7-White-Detailed-Photos-56.jpg

Sebentar tadi, Jaecoo telah mempertontonkan model pertama yang akan ditawarkan syarikat tersebut untuk pasaran Malaysia, Jaecoo J7, sebuah SUV dengan kemampuan off-road bandar.

CIRI MEKANIKAL JAECOO J7

CariCarz_Jaecoo-7-Detailed-Photos-42.jpgCariCarz_Jaecoo-7-White-Detailed-Photos-43.jpg

Jaecoo J7 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter turbo dengan kuasa 194 HP dan 290 NM. Dengan kelebihan kelegaan tanah sekitar 200 milimeter (mm) serta memiliki kemampuan untuk menempuhi air berkedalaman 600 mm, J7 mempamerkan kemampuan off-road sebenar. 

CariCarz_Jaecoo-7-Details-n-Launch-11.jpg

Model ini turut hadir dengan teknologi seperti cermin hadapan akustik berlamina dan karpet khas dengan pad peredam, kadar NVH (Noise, Vibration, and Harshness) J7 hanyalah serendah 37.6 dB.

REKA BENTUK JAECOO J7

CariCarz_Jaecoo-7-Details-n-Launch-26.jpgCariCarz_Jaecoo-7-White-Detailed-Photos-57.jpgCariCarz_Jaecoo-7-White-Detailed-Photos-50.jpgCariCarz_Jaecoo-7-White-Detailed-Photos-58.jpg

Model ini berukuran 4,500 MM (panjang), 1,865 MM (lebar), 1,680 MM (tinggi) dan jarak roda diletakkan pada 2,650 MM.

Dari segi rekaan, secara keseluruhannya model ini menerima sentuhan minimalis dan sporty, dengan garis badan yang minimal. Sudut hadapan model ini kelihatan gagah dengan gril besar. Di sini juga terdapat lampu hadapan jenis LED.

KABIN JAECOO J7

CariCarz_Jaecoo-7-White-Detailed-Photos-34.jpgCariCarz_Jaecoo-7-White-Detailed-Photos-44.jpgCariCarz_Jaecoo-7-White-Detailed-Photos-40.jpg

JAECOO J7 menampilkan cip berprestasi tinggi 8155, skrin bersaiz 14.8 inci, pad pengecas tanpa wayar 50W, sistem audio premium SONY, dan pelbagai ciri keselesaan pintar lain untuk menyediakan pengalaman pemandu yang lebih interaktif, mudah, dan menyeluruh dari segi hiburan.

CariCarz_Jaecoo-7-Details-n-Launch-09.jpgCariCarz_Jaecoo-7-Details-n-Launch-07.jpgCariCarz_Jaecoo-7-Details-n-Launch-08.jpg

CIRI KESELAMATAN JAECOO J7

Dari segi keselamatan, JAECOO memastikan kesemua modelnya mematuhi piawai keselamatan lima bintang global dengan mengintegrasikan badan kerangka yang menyerap tenaga, keluli kekuatan tinggi, dan sistem ADAS canggih.

CariCarz_Jaecoo-7-Details-n-Launch-12.jpg

Menampilkan pakej keselamatan ADAS 2.5, yang termasuk brek kecemasan automatik , amaran pelanggaran, amaran keluar lorong. sistem pengelak pintar dan sebagainya. 

CariCarz_Jaecoo-7-Detailed-Photos-13.jpg

J7 turut dilengkapi dengan sistem perkakaran pintar "1+2+1": satu kamera pandangan hadapan multifungsi (FCM), dua radar gelombang milimeter (CRM), dan satu radar gelombang milimeter jarak jauh (FRM). Integrasi perkakasan dan perisian memandu pintar yang canggih meningkatkan hampir 21 fungsi pemanduan pintar, memastikan pengalaman perjalanan yang selesa dan menyenangkan bagi pengguna.

Tidak cukup dengan itu, struktur badan J7 diberikan reka bentuk khas inovatif yang efektif dalam penyerapan hentakan. 

CariCarz_Jaecoo-7-Details-n-Launch-13.jpg

Jaecoo dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia pada pertengahan tahun 2024. Nantikan pengumuman terkini daripada Jaecoo yang akan kami kongsikan dari masa ke masa. 

CariCarz_Jaecoo-7-Details-n-Launch-14.jpg


Gallery

Tag:

Jaecoo J7
Jaecoo
Pratonton Jaecoo
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Global

Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat

Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.

27-01-2026
Berita Auto

Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei

Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.

20-01-2026
Berita Auto

Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025

Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV.

06-11-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.

27-10-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan

Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.

20-06-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula

Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara,

18-03-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru