Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, Puspakom Tawar Pemeriksaan Percuma

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Bagi yang memandu untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena Tahun Baharu Cina, jangan lepaskan peluang untuk memeriksa kenderaan secara percuma.

Untuk makluman anda,  Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menganjurkan kempen 'Huat' di mana pemilik kenderaan persendirian boleh membawa kenderaan mereka untuk diperiksa.

image.png

Pemeriksaan itu  sudah bermula sehingga  8 Februari ini.

Puspakom berkata, kempen itu dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan pemeriksaan berkomputer.

image.png

"Pemeriksaan ini melibatkan pelbagai komponen penting kenderaan termasuk brek, suspensi, gelincir sisi, tayar dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi yang berminat, anda boleh membawa kenderaan di  mana-mana cawangan Puspakom seluruh negara bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali cawangan Shah Alam, Taman Bukit, Maluri dan Pasir Gudang.

Apa yang cukup menarik ialah pemeriksaan tersebut tidak memerlukan temu janji iaitu kenderaan akan diterima secara 'walk-in'.

image.png

Selain cawangan Puspakom, trak pemeriksaan bergerak juga akan berada di beberapa lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang dan lain-lain.

Lokasi tersebut adalah:

Lotus Bukit Puchong pada 27 Januari 2023

Multimedia University (MMU), Cyberjaya, Selangor, 31 Januari 2024.

Lotus Ara Damansara 1 Februari 2024 dan MMU Melaka 8 Februari 2024.

Untuk keterangan lanjut, KLIK. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026