Link Copiedcheck_circle
EV

Teaser BYD Seal Didedahkan, Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui


BYD Sime Darby Motors Malaysia telah berkongsi teaser yang penuh dengan misteri di Instagram yang memaparkan gambar seperti yang ditunjukkan di atas. Walaupun syarikat tersebut tidak menyebut nama model tertentu, foto yang dikongsikan di Instagram itu mengandungi slogan bermaksud “Lebih cepat daripada kopi anda di pagi hari. Akan datang.” 


Sementara itu, di ruangan kapsyen, BYD meminta orang ramai untuk meneka maksud slogan tersebut. Jawapan kepada persoalan tersebut dapat diagak melalui hashtag #SealTheSpeed yang digunakan. Secara tidak langsung, menjadi bukti bahawa syarikat tersebut akan membawa masuk kereta elektrik baharu, BYD Seal, secara rasmi untuk pasaran Malaysia. 


BYD-Seal-9.jpg


Dengan perkongsian teaser tersebut, bermaksud tidak lama lagi rakyat Malaysia sudah boleh mula membeli sebuah sedan elektrik yang elegan, BYD Seal. 


Seperti yang kita sudah sedia maklum, BYD SD Motor Malaysia telah meluahkan hasrat untuk memperkenalkan sebuah fastback untuk pasaran Malaysia. Syarikat ini telah mengacah model ini dua kali sebelum ini, iaitu semasa pelancaran Atto 3 pada penghujung tahun 2022 dan semasa karnival ulang tahun pertamanya pada Disember 2023. 


Buat masa ini, BYD SD Motors Malaysia masih belum mendedahkan tarikh rasmi pelancaran Seal di pasaran kita, tetapi CariCarz.com mendapat tahu bahawa pengedar telah mengeluarkan jemputan untuk sesi pratonton eksklusif kepada pelanggan yang akan berlangsung pada 19 dan 21 Januari ini. Dengan itu, pelancaran model itu dijangka akan diadakan dalam masa yang terdekat. 


Berdasarkan strategi produk syarikat untuk Atto 3 dan Dolphin, dan bagaimana pesaing lain memperkenalkan barisan produk mereka, Seal dijangka akan diperkenalkan dalam beberapa varian, sepertimana yang diperkenalkan untuk pasaran Thailand. 


BYD-Seal-2.jpgBYD-Seal-3.jpg


Di Thailand, BYD Seal hadir dalam tiga varian - Dynamic RWD, Premium RWD dan AWD Performance.


Di negara jiran, BYD Seal ditawarkan dalam varian asas iaitu Dynamic RWD, pertengahan iaitu Premium RWD dan tertinggi iaitu AWD Performance. Varian asas menerima bateri 'Blade' LFP berkapasiti 61.4 kWh, manakala dua varian lebih tinggi menerima kapasiti lebih tinggi iaitu 82.5 kWh.


Semua varian boleh menerima input pengecasan AC sehingga 7 KW, tetapi hanya bateri untuk dua varian lebih tinggi yang boleh menerima input pengecasan pantas DC hingga 150 KW, manakala varian asas pula hanya boleh menerima input DC maksimum pada 110 KW.


Dari segi jarak perjalanan yang mampu dicapai dengan cas penuh, varian pertengahan, Premium RWD, boleh mencapai jarak EV paling jauh iaitu 650 KM (NEDC). Sementara itu, varian yang paling berkuasa pula ialah AWD Performance, dengan output 530 HP dan 670 NM untuk pecutan 0-100 KM/J dalam 3.8 saat.


BYD-Seal-4.jpg


Tag:

Teaser BYD
Imej Acah
BYD SD Motors Malaysia
BYD Seal
BYD Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Imej Acah Sedan Audi A6 Didedahkan – Pelancaran 15 April Ini

Audi mendedahkan imej acah pertama sedan yang terbaru, Audi A6.

09-04-2025
Global

Subaru Dedah Imej Acah Forester Generasi Ke-6, Bakal Dipertontonkan Di Los Angeles

Subaru Forester generasi seterusnya akan dipertontonkan tidak lama lagi.

06-11-2023
EV

Lamborghini Dedah Imej Acah Model Baharu – Ini Segala Yang Kita Tahu Setakat Ini...

Lamborghini telah menunjukkan imej acah sebuah model yang dipercayai kereta konsep EV GT.

16-08-2023
EV

BYD Seal: Negara Jiran Dah Dapat, KITA Bila Lagi?

BYD melancarkan model BYD Seal di Thailand dan Singapura pada minggu lepas.

02-10-2023
EV

BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.

30-10-2025
EV

BYD Seal 6 Terima Sambutan Hebat, Lebih 100 Unit Diserahkan Dalam Seminggu

Dalam tempoh hanya seminggu selepas dilancarkan di pasaran tempatan, lebih 100 unit BYD Seal 6 telah diserahkan kepada pelanggan di serata Malaysia.

07-10-2025
Kereta Baru

BYD Seal 6 EV Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM100,000

Sebentar tadi, BYD Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) terbarunya, BYD Seal 6.

26-09-2025
Kereta Baru

Lagi BYD Seal Versi Terkini, Bakal Dilancar Esok

BYD Cars Malaysia a akan melancarkan model baharu, BYD Seal 2025, pada hari esok.

21-08-2025

Berita Terkini

EV

EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.

15-12-2025
EV

Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka

XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.

14-12-2025
EV

Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.

05-12-2025
EV

Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.

01-12-2025
EV

Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.

01-12-2025
EV

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
EV

Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.

29-11-2025
EV

Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor

Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.

26-11-2025