Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(16).jpg


Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).


Jentera ini mencatatkan skor keseluruhan yang sangat tinggi iaitu 92.07 mata di bawah protokol 2021–2025, menjadikannya salah satu keputusan terbaik yang pernah dicapai oleh model EV di rantau ASEAN.


BYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(2).jpg


Jadual skor penuh yang diterima BYD Seal 2025 dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP.


Perlindungan Pemandu & Penumpang Dewasa (AOP)


BYD Seal menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam penerimaan impak kemalangan, mencatatkan 38.44 mata untuk kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP).


BYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(12).jpgBYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(15).jpg


Dalam ujian hentaman depan (frontal offset impact), ruang sel penumpang kekal stabil sepenuhnya. Bahagian dada dan kaki bawah penumpang, serta kaki dan buku lali pemandu, dilaporkan menerima perlindungan yang mencukupi. Kestabilan ini disokong oleh struktur badan jentera yang kukuh selain lengkap dengan sembilan beg udara yang lengkap termasuk di bahagian depan, sisi, tingkap dan lutut pemandu.


Kedua-dua penumpang hadapan dilindungi oleh tali pinggang keledar dengan mekanisme penegangan tali pinggang dua kali (double pre-tensioner) dan pengehad beban, serta terdapat teknologi perlindungan kepala yang meningkatkan tahap keselamatan keseluruhan kenderaan.


Keselamatan Penumpang Kanak-Kanak (COP)


BYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(7).jpgBYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(13).jpg


Aspek keselamatan kanak-kanak (COP) turut mendapat markah tinggi, iaitu 42.33 daripada 51 mata keseluruhan. Dalam ujian dinamik, dummy kanak-kanak berusia 18 bulan dan 3 tahun menunjukkan perlindungan yang baik semasa menerima hentaman depan dan sisi, dengan markah penuh dalam ujian tersebut. Model Seal dilengkapi sistem sekatan kanak-kanak atau child restraint system (CRS) model Joie i-Spin 360 dan Every Stage Fx.


Bantuan Keselamatan & Teknologi Pintar


Sistem bantuan keselamatan (SA) dalam Seal menerima skor hampir maksimum, iaitu 19.52 daripada 21 mata, menyerlahkan komitmen BYD terhadap teknologi pencegahan kemalangan.


Semua varian didatangkan standard dengan pakej lengkap termasuk ESC, ABS, LDW, LKA, FCW, BSD di kedua-dua belah dan RCTA.


BYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(14).jpg


ASEAN NCAP mengesahkan sistem brek kecemasan automatik (AEB) Seal berfungsi dengan efektif dalam senario bandar, antara bandar, pejalan kaki dan motosikal.


Dalam kategori keselamatan penunggang motosikal (MS), Seal menerima 17.50 mata, yang banyak dibantu oleh keupayaan sistem BSD, AEB untuk motosikal, serta teknologi perlindungan pejalan kaki, yang sangat relevan dengan keadaan trafik bercampur di rantau ASEAN.


ASEAN NCAP secara terbuka memuji BYD kerana menawarkan pakej keselamatan komprehensif yang sama di semua pasaran serantau, menyifatkan prestasi buat kemunculan sulung Seal ini sebagai "cemerlang.”


Di Malaysia, BYD Seal Premium ditawarkan bermula dari RM171,800 manakala Seal Performance pula pada RM191,800, dan kedua-dua varian menerima spesifikasi keselamatan yang sama yang telah disahkan oleh ASEAN NCAP.

Baca: BYD Seal 2025, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM171K

BYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(3).jpgBYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(4).jpg

BYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(5).jpgBYD-Seal-ASEAN-NCAP-Caricarz-(6).jpg

Tag:

BYD
byd seal
ASEAN NCAP
BYD ASEAN NCAP
BYD Seal ASEAN NCAP
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026
EV

16-01-2026

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026