Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BYD Seal 6 EV Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM100,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-1.jpg


Sebentar tadi, BYD Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) terbarunya, BYD Seal 6. Dua varian ditawarkan iaitu Dynamic dan Premium yang dijual pada harga bermula dari RM100,000.


Ciri Mekanikal  BYD Seal 6 EV


BYD Seal 6 dibangunkan berasaskan e-Platform 3.0 yang menggunakan teknologi 8 dalam 1 pacuan roda belakang yang efisien dan pintar. Sistem ini menggabungkan motor (synchronous) magnet kekal, reducer, pengawal voltan tinggi, penukar DC-DC, pengecas dalam kenderaan (on-board charger), unit pengagihan elektrik, pengawal kenderaan, serta sistem pengurusan haba. 


Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-4.jpg


Pada varian berspesifikasi tinggi, Premium, trenkuasa ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 160 kW, tork sehingga 330 Nm, dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam 7.5 saat, kitaran maksimum 16,000 rpm dan had laju sehingga 180 km/j.


Sementara itu, varian Dynamic pula mencapai kuasa 95 kW dengan tork sehingga 220 Nm,  dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam 10.9 saat. Had laju varian ini lebih rendah iaitu 160 km/j.


Bateri yang digunakan boleh dicas dengan pantas menggunakan pengecas DC 100 kW dari 30-80% dalam masa hanya 23 minit. 


Rekaan BYD Seal 6 EV


Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-2.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-17.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-5.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-18.jpg


Dari segi rekaan, model ini memiliki ukuran panjang 4,720 mm, lebar 1,860 mm, tinggi 1,495 mm dan jarak roda 2,820 mm. Dimensi ini meletakkannya sebagai sedan segmen B yang terbesar dalam kelasnya, lebih besar berbanding pesaingnya yang lain seperti Toyota Corolla Altis, Honda Civic, sedan Mazda 3, MG 5, Peugeot 408 Allure dan Proton X70. Angka ini menjadikannya sebagai model yang tertinggi dan terpanjang dalam kelas. Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Arctic White, Misty Blue dan Harbour Grey. 


Kabin BYD Seal 6 EV


Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-16.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-13.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-14.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-15.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-10.jpg


Di bahagian kabin, BYD Seal 6 EV dilengkap sistem infotainmen skrin sentuh berukuran 12.8 inci yang menerima arahan suara bukan sahaja dalam Bahasa Inggeris tetapi juga dalam Bahasa Melayu dan Cina. 


Di sebalik stereng, info penting jentera dipaparkan pada panel instrumen digital yang berukuran 8.8 inci. Untuk kemudahan, pengecas tanpa wayar 15W disediakan di konsol tengah. Untuk hiburan 6 unit speaker pada varian Dynamic dan 8 pada varian lebih tinggi. 


Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-9.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-8.jpg


Model ini didatangkan standard dengan kemampuan larasan automatik 6 arah untuk tempat duduk pemandu (8 arah untuk Premium) dan larasan empat arah untuk penumpang depan (manual pada  Dynamic, automatik pada Premium). Fungsi pengudaraan tempat duduk depan ditawarkan pada varian Premium. 


Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-12.jpg


Ciri lain seperti ruang simpanan cermin mata dan lampu ambien hanya ditawarkan pada varian Premium. Untuk pasaran Malaysia, warna tema kabin yang ditawarkan adalah gabungan hitam dan kelabu. 


Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-7.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-11.jpg


Sesuai untuk kegunaan harian, di bahagian depan, terdapat ruang simpanan tambahan atau frunk yang berkapasiti 65 liter yang boleh memuatkan bagasi berukuran 20 inci. Sementara itu di belakang, ruang butnya menyediakan ruang simpanan berkapasiti 460 liter. 


Pakej Pembelian BYD Seal 6 EV


Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-WM-20.jpg


Model ini ditawarkan pada harga RM100,000 untuk varian Dynamic dan RM115,800 untuk varian Premium. Pembelian didatangkan dengan adapter V2L dan kabel pengecas Type 2 bersama plug 3 pin. 


Pelanggan turut dapat menikmati pakej waranti komprehensif yang merangkumi waranti jentera selama 6 tahun/150,000 km, unit pacuan 8 tahun/160,000 km dan bateri Blade bervoltan tinggi 8 tahun/160,000 km. 


Khas untuk 800 pelanggan pertama, pembelian adalah termasuk pakej pelancaran eksklusif yang bernilai sehingga RM6,288. Pembelian varian Dynamic melayakkan pelanggan untuk menerima pengecas rumah (Wall Charger) percuma yang bernilai RM3,288. 


Sementara itu pembelian varian Premium pula didatangkan dengan dua pilihan pakej bergantung kepada tempat tinggal pembeli iaitu sama ada rumah landed atau rumah di bangunan bertingkat (high-rise property).


Pemilik rumah landed bakal menerima pengecas rumah, serta rebat eksklusif RM3,000, sementara pemilik rumah bertingkat akan menerima pakej pengecasan bernilai RM5,000 serta rebat RM1,000. 


Tag:

BYD Malaysia
byd seal
BYD Seal 6
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-07-2026
Berita Auto

09-12-2025
Berita Auto

14-11-2025
Berita Auto

13-11-2025
Kereta Baru

30-10-2025
Kereta Baru

04-09-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Pandu Uji

27-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026