Link Copiedcheck_circle
Global

[VIRAL] Berpaut Pada Cermin Depan Sejauh 6 KM, Petugas Hampir Maut

Sofea Najmi

Kongsi melalui

INDONESI-PEGAWAI-BERPAUT-CERMIN-DEPAN.png


Detik-detik mendebarkan bagi seorang anggota agensi pengangkutan jalan di Indonesia


Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial Indonesia yang mengejutkan orang ramai. Dalam insiden yang berlaku pada awal bulan ini iaitu pada 3 Januari lalu, seorang pemandu Toyota Avanza merakam dirinya sendiri memandu dalam keadaan bahaya. 


Pemandu tersebut dilihat merakam saat-saat ketika beberapa petugas di jalan raya memintanya untuk keluar daripada kereta. Namun, atas sebab yang tidak diketahui, dia berdegil untuk tidak berhenti, sebelum bertindak merempuh salah seorang pegawai yang bertugas.


Pegawai tersebut dilihat cuba sedaya-upaya untuk berpaut pada cermin hadapan kereta yang meneruskan pergerakan sehingga sejauh 6.2 kilometer dari Jalan Denpasar Raya hingga Jalan Menteng, lapor portal berita Mothership. 



Rakaman menunjukkan bagaimana kenderaan itu dipandu dengan laju, dan petugas tersebut hampir terjatuh disebabkan pergerakan agresif kereta. 


Ketua Badan Pengangkutan DKI Jakarta, Syafrin Liputo, mengatakan bahawa kenderaan tersebut juga merempuh sebuah motosikal dan meneruskan perjalanan sambil dikejar oleh beberapa pemandu lain.


"Akhirnya, orang ramai berjaya menghentikan kenderaan tersebut di Jalan Menteng, sementara petugas tersebut berjaya diselamatkan," kata Syafrin.


Pemandu tersebut telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Setiabudi sebelum kes itu diselesaikan selepas dia memohon maaf.


Tag:

Video Viral
Berita Terkini
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Padah Pecut Lepas Langgar Rider, Kereta Masuk Takungan Najis

Padah Pecut Lepas Langgar Rider, Kereta Masuk Takungan Najis

Dari satu musibah ke satu musibah. Seorang pemandu kereta Honda City yang ketakutan terbabas ke dalam takungan najis.

17-07-2024
Berita Auto
Isu Tidak Pakai Jaket Rasmi Semasa Operasi – Ini Penjelasan JPJ

Isu Tidak Pakai Jaket Rasmi Semasa Operasi – Ini Penjelasan JPJ

Tular rakaman video yang menunjukkan pergaduhan antara pemandu bas ekspres dan beberapa individu yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai JPJ.

19-04-2024
Berita Auto
[VIRAL] Myvi 'Tampil Unik'  Di Jalan Raya – Angkut Sofa, Dah Macam Mr. Bean...

[VIRAL] Myvi 'Tampil Unik' Di Jalan Raya – Angkut Sofa, Dah Macam Mr. Bean...

Hanya Myvi yang mampu ‘kekal sensasi sepanjang zaman.’ Ini kisah terbaru...

15-01-2024
Berita Auto
[VIDEO] Ngeri! Palang Besi 'Menusuk' Cermin Depan Kereta, Pemandu Nyaris Maut

[VIDEO] Ngeri! Palang Besi 'Menusuk' Cermin Depan Kereta, Pemandu Nyaris Maut

Menyeramkan! Seorang pemandu Perodua Ativa hampir menemui ajal selepas cermin depan keretanya yang dipandunya ‘dicucuk’ oleh palang besi.

15-01-2023
Berita Auto
Laporan Punca Sebenar Kemalangan Korban 6 Beranak Bakal Diperoleh

Laporan Punca Sebenar Kemalangan Korban 6 Beranak Bakal Diperoleh

Laporan teknikal siasatan kemalangan maut babit 6 nyawa akan diperoleh.

06-09-2023
Berita Auto
Jambatan Runtuh Di Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas

Jambatan Runtuh Di Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas

Sebahagian jambatan di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas runtuh.

24-07-2023
Berita Auto
Ini Senarai Jalan Petaling Jaya Yang Ditutup Pada 17-18 Jun Untuk Acara Larian

Ini Senarai Jalan Petaling Jaya Yang Ditutup Pada 17-18 Jun Untuk Acara Larian

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengumumkan penutupan jalan untuk acara larian PJ10K 2023.

15-06-2023
Berita Auto
Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia Pada Usia 97 Tahun

Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia Pada Usia 97 Tahun

Pengerusi Kehormat Toyota Motor Corp, Shoichiro Toyoda dilaporkan telah menghembuskan terakhirnya di usia 97 tahun.

15-02-2023

Berita Terkini

Global
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global
MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026