Link Copiedcheck_circle
Global

Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.

Selain tetapan trenkuasa dipertingkatkan, Ioniq 5 N turut menerima beberapa penambahbaikan bagi membolehkan ia sesuai digunakan di negara terbabit.

image.png

Bermula dengan varian biasa, Ioniq 5 N ini menerima motor berkembar pacuan semua roda dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 601 hp dan tork 740 Nm jika berada dalam mod biasa.

Sebaliknya kuasanya  meningkat kepada 641 hp dan tork 770Nm jika anda membawa dalam mod Grin Boost.

Difahamkan jentera ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.4 saat manakala kelajuan maksiumnya ialah 260 km/j.

Jentera ini yang disumbat dengan bateri berkapasiti 84-kWj membolehkan ia bergerak sejauh 448 kilometer dengan hanya sekali cas.

image.png

Model ini menerima banyak ciri N: N Active Sound+, N e-shift mode yang dipadankan dengan transmisi manual 8-kelajuan, Agihan N Tork dan N Drift Optimiser bagi melancarkan kereta elektrik berkenaan.

image.pngimage.png

Mejengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan stereng sporty , ada pelbagai kawalan butang, tempat duduk hadapan sporty, logo N bercahaya, ada grafik khusus N pada sistem infotainmen dan paparan pemandunya.

Seperti mana yang sudah dijangkakan, ia sememangnya sarat dengan pelbagai ciri canggih termasuk system infotainmen terbaharu ccNC yang menyokong sambungan Android Auto serta Apple CarPlay.

Selain itu terdapat juga kawalan pendingin hawa i, ada sistem ambien di dalam kabin dan menawarkan sistem pemanduan lebuh raya separa autonomi.

.image.png

Di Australia, model standard Hyundai Ioniq 5 N baharu dijual pada harga AUD 27,000 (RM84,498) namun apa yang menjadi persoalan ialah adakah kereta pemanduan tangan kanan (RHD) ini akan masuk ke Malaysia?

Buat masa ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) masih belum mendedahkan sebarang rancangan untuk membawa Ioniq 5 N  ke negara ini.

Gallery

Tag:

Hyundai Ioniq 5
Hyundai Ioniq Electric
Hyundai Sime Darby
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT

Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.

05-09-2024
EV

Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.

15-04-2024
EV

Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!

Hyundai merancang untuk membuka sebuah hotel yang akan dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV) Ioniq 5!

08-10-2022
EV

[FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?

Foto intipan dan informasi berkenaan Ioniq 5 N 2023.

13-09-2022
EV

Pengeluaran IONIQ 5 Terpaksa Ditangguhkan, Ini Puncanya...

Gangguan pengeluaran kenderaan elektrik, IONIQ 5, ini puncanya...

08-08-2022
Global

RoboRide, Guna IONIQ 5, Pemanduan Autonomi Tahap 4

Hyundai Motor Group mengumumkan bahawa pihaknya akan merintis perkhidmatan teksi tanpa pemandu, RoboRide di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

10-06-2022
EV

Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih

Model tahun 2023 ini telah diperbaharui dari segi teknologi, artikel ini memperincikan segalanya.

01-04-2022
Kereta Baru

Ada Tiga Varian: Max, Lite, Plus

HSDM melancarkan EV terbaharunya, IONIQ 5 di Bangsar Shopping Centre, pagi tadi.

09-03-2022

Berita Terkini

Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026
Global

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

20-02-2026
Global

Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).

20-02-2026
Global

BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M dilaporkan sedang bersedia memasuki mod ‘perang’ apabila mendedahkan rancangannya untuk melancarkan sehingga 30 model baharu sebelum dekad ini melabuhkan tirainya.

20-02-2026