Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BYD Seal, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM180K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sime Darby Motors dan BYD melancarkan secara rasminya BYD Seal untuk pasaran tempatan, sebentar tadi.

image.png

BYD Seal didapati dalam versi Premium RWD dan Performance AWD dimana  Premium dijual pada harga RM179,800 manakala BYD Seal Performance: RM199, 800.

image.pngimage.png

Ketua Pegawai Eksekutif Aime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pengenalan BYD SEAL di pasaran dilihat cukup bermakna dalam pasaran EV.

"Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk hebat dan prestasi luar biasa, BYD SEAL sememangnya salah satu EV paling menarik di pasaran," katanya.

Turut  hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Untuk makluman anda, BYD Seal merupakan model pertama yang dilengkapi dengan teknologi CTB (sel pada badan) yang cukup inovatif.

Teknologi itu dikatakan menyepadukan blade battery ke dalam struktur kenderaan bagi memastikan kestabilan dan keselamatan dalam pelbagai keadaan.

image.png

Ia turut disokong teknologi iTAC dimana ia meningkatkan pemanduan dinamik selain mengurangkan kegelinciran di jalan raya.

Model yang berilhamkan konsep X ini sebenarnya menggabungkan gaya dan prestasi dengan reka bentuk aerodinamik setanding dengan kereta coupe.

Menjengah bahagian luarannya: ia hadir dengan bumbung panaromik, rim aloi bersaiz 19-incigaya lampu depannya juga dilihat cukup menawan, dan ia menawarkan ruang but seluas 400 liter.

image.png

Bagi varian Premium, berikut adalah perinciannya:

Tetapan motor Tunggal memacu roda belakang (308 hp/tork 360Nm)

Mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 5.9 saat.

Boleh gerak sejauh 650km.

Varian Performance:

Tetapan dua motor, pacuan semua roda.

Menghasilkan kuasa 523 hp, tork 670 Nm.

Daya pecutan 0-100km/j (3.8 saat).

image.png

BYD Seal boleh dicas dengan menggunakan pengecas AC 7kW dimana ia mengambil masa 15 jam untuk penuh namun jika menggunakan pengecas DC, baterinya akan penuh dalam masa 37 minit.

Ia turut dilengkapi dengan kawalan adaptasi  tork pintar iTAC bagi memastikan prestasi yang optimum dalam pemanduan yang berubah manakala agihan bebanan gandar depan dan belakang 50:50  bagi menjamin pengalaman pemanduan yang seimbang.

Mengenai ciri keselamatannya, anda jangan risau.

image.pngimage.png

Ini kerana BYD SEAL menerima penarafan lima bintang daripada ANCAP kerana mematuhi kriterian ujian kerat 2023-25.

Kombinasi teknologi blade bateri dan binaan CTB bukan sahaja meningkatkan kestabilan kenderaan tetapi menambah baik profil keselamatnnya.

Apa yang pasti ia cukup sarat dengan ciri keselamatan seperti ciri keselamatan pasif,  9 beg udara, ada ADAS dan sistem kamera resolusi tinggi 360.

image.png

Bagi yang berminat ia terdapat dalam warna Biru Artik, Cosmos Black, Atlantis Grey  dan Aurora White.

Bagi 800 tempahan awal, mereka akan menerima pengecas wallbox secara percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara PERCUMA.

image.pngimage.png

Selain itu, BYD turut menawarkan waranti  kenderaan 6 tahun/150,00km, ada waranti bateri selama 8 tahun/160,000 km, waranti unit pemacu  untuk 8 tahun/150,000km.

Untuk keterangan lanjut, KLIK.

Gallery

Tag:

BYD
BYD Seal
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

BYD Ambil Alih Hak Pengedaran Di Australia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

BYD telah melebarkan sayapnya ke luar negara dengan mengambil alih kawalan import dan hak pengedaran kenderaan mereka di Australia.

29-05-2025
Global

Kumpulan Samseng Ganggu Pembangunan Kilang BYD & VinFast Di Indonesia

Dua projek pembinaan kilang kenderaan elektrik (EV) di Indonesia kini berdepan dengan halangan daripada sekumpulan komuniti tempatan atau “ormas."

20-05-2025
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Kini Di Mutiara Damansa, Outlet Ketiga Di Lembah Klang

BYD Sisma Auto membuka bilik pameran kontemporari di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.

02-05-2025
Berita Auto
EV

BYD Pinjamkan 5 Model EV Kepada MOT Selama 6 Bulan

BYD Sime Motors telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi program ‘Jom Pandu BYD Bersama MOT’.

23-04-2025
EV

DiDi Mahu Bawa Masuk 100,000 EV Ke Mexico, Bakal Bersaing Dengan Uber

DiDi terlibat dalam pelbagai sektor termasuk e-hailing, sewa kereta, dan penghantaran makanan di China melalui aplikasi.

16-04-2025
EV

Sedan Elektrik Bajet, BYD e7, Diperkenalkan Di China

Pengeluar kenderaan dari China, BYD, baru-baru ini mendedahkan imej rasmi bagi model elektrik (EV) terbarunya, BYD e7.

10-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. Sebelum itu, ada aktiviti off-road untuk semua...

19-06-2025
Kereta Baru

Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.

19-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport, sebentar tadi.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...

12-06-2025