Link Copiedcheck_circle
Global

CLE Cabriolet Nampak Sporty Sebab Bumbungnya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Setelah menayangkan Mercedes-Benz CLE serba baharunya dalam versi coupe dan juga versi AMG, nampaknya Mercedes-Benz mengembangkan lagi rangkaian model tesebut dengan menampilkan Mercedes-Benz CLE Cabriolet.

Cabriolet yang menggunakan kod casis A236, dilihat membawa sentuhan yang cukup sporty memandangkan ia membawa bumbungnya jenis terbuka.

Menurut Mercedes-Benz, bumbung berkuasa elektrik CLE Cabriolet boleh dinaikkan atau turun dalam masa 20 saat pada kelajuan 60 kilometer sejam (km/j).

image.pngimage.png

Sebaliknya, jika bumbung itu dibuka ia akan memakan ruang kargo seluas 348 liter itu akan menjadi kecil iaitu 295 liter.

image.pngimage.png

Memandangkan bumbungnya rendah, ia dilengkapi dengan sistem Aircap.

Sistem itu dikatakan dapat memesongkan angin dari bahagian atas cermin depan bagi memberi keselesaan untuk  pemandu dan penumpang apabila bumbung diturunkan.

Dari segi saiznya pula, panjang CLE Cabriolet ialah 4,850 mm, selebar 1,861 mm, setinggi 1,424 mm manakala jarak roda pula 2,865 mm iaitu lebih panjang 25 mm berbanding model Coupe.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan kluster instrumen digital 12.3 inci serta sistem infotainmen 11.9 inci.

Skrin sesentuh ini boleh dipusingkan secara elektrikal dari 15 hingga 40 darjah untuk mengelak sinaran mentari apabila bumbung fabrik diturunkan.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah tempat duduknya didatangkan dengan kulit yang boleh memantulkan cahaya matahari.

Difahamkan, ia diberi salutan khas yang  memantulkan sinaran inframerah matahari .

image.pngimage.png

Selain itu, ia juga membantu mengekalkan kulit lebih sejuk sehingga 12 darjah Celsius di bawah cahaya matahari.

Antara ciri lain yang terdapat pada jentera ini ialah sistem pemanasan paras leher Airscarf , pencahayaan ambien dinamik, audio keliling Burmester 3D 17-pembesar suara.

image.png

Menyentuh mengenai trenkuasanya pula, ia didatangkan dengan tiga enjin petrol  pengecas turbo hibrid ringan (MHEV) dan satu pilihan enjin diesel 2.0 liter.

Enjin diesel 2.0 liter itu mampu menghasilkan kuasa setakat 194hp, tork 440 Nm.

Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.9 saat, manakala kelajuan tertinggi ialah  234km/j.

Sementara itu, enjin petrol 2.0 liter empat silinder pengecas turbo pula mampu menghamburkan kuasa setakat  201 hp dan tork 320 Nm.

image.png

Bagi 4MATIC, ia disumbat dengan enjin  2.0 liter empat silinder pengecas turbo yang mana ia boleh menghasikan kuasa 255hp dan tork 400 Nm tork. Ia boleh memecut dari 0-100km/j dalam 6.6 saat dan kelajuan tertinggi pula 250km/j.

Akhir sekali ialah CLE 450 4MATIC. Model ini didatangkan dengan enjin 3.0 liter enam silinder sebaris, dimana ia boleh menghasilkan kuasa 375hp dan tork 500 Nm. 

Ia boleh pecut dari 0-100km/j dalam 4.7 saat, manakala kelajuan tertinggi 250km/j.

Susulan itu, Mercedes-Benz mengesahkan bahawa tempahan CLE Cabriolet 2024 sudah dibuka manakala penghantaran dijadualkan bermula pada hujung April nanti!

Buat masa ini, ia tiba di pasaran Eropah dan ia sudah bersedia untuk membuat penampilan sulung di pasaran global yang lain.

Gallery

Tag:

Mercedes Benz
cabriolet
Mercedes-Benz CLE Coupe Teaser
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026
Berita Auto

Kegiatan Sorok Kereta Mewah Import Dalam Gudang Akhirnya Dikesan Kastam

Sebuah gudang tamat lesen menyembunyikan 14 buah kenderaan mewah import tanpa pembeli sejak lima bulan lalu akhirnya terbongkar.

28-10-2025
Berita Auto

Merc Terbakar: Nasib Pemandu, Penumpang Sempat Keluar

Tular di internet yang menunjukkan sebuah Mercedes-Benz terbakar di tepi jalan.

19-02-2024
Berita Auto

Hati-Hati Keluar Duit!

Suspek guna parang, kayu besbol pecahkan kereta.

31-12-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…

27-03-2023
Berita Auto

Tempoh Menunggu Mercedes-Benz Cecah 6 Bulan

Tempoh menunggu Mercedes-Benz Malaysia cecah 6 bulan.

25-07-2022
EV

Mercedes-Benz EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Mercedes-Benz Malaysia telah mendedahkan tiga model baharu termasuk EQB dan EQC.

24-07-2022
Berita Auto

Mercedes Panggil Semula Hampir 1 Juta Model Lama Di Seluruh Dunia

Mercedes-Benz, memanggil semula hampir 1 juta model lama di seluruh dunia.

06-06-2022

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026