Link Copiedcheck_circle
EV

GWM ORA Good Cat Raih 97% Green NCAP – EV Comel Paling Mesra Alam

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ora-Green-NCAP-(4).jpg

ORA Good Cat bukan sekadar comel bergaya, tetapi salah satu pilihan yang terbaik demi alam sekitar

Baru-baru ini, GWM ORA Good Cat telah menerima pengiktirafan tertinggi daripada Green NCAP, sebuah program penilaian kenderaan hijau yang menilai kecekapan kenderaan dan impak terhadap alam sekitar. Penilaian ini diadakan dan disokong oleh Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).


ORA Good Cat membuat pencapaian mengagumkan, apabila berjaya meraih purata skor 97%, melayakkannya untuk menerima penarafan lima bintang Green.


EV kompak ini turut memenangi kategori 'Kereta Keluarga Kecil' dan 'Kereta Elektrik Penuh' Green NCAP serta anugerah 'Pilihan Lebih Hijau' atas impak alam sekitar yang rendah sepanjang kitaran hidupnya.


Ora-Green-NCAP-(2).jpg


ORA Good Cat telah menerima skor 10.0 dalam ujian Udara Bersih, 9.5 dalam ujian Kecekapan Tenaga dan 9.8 dalam ujian Gas Rumah Hijau dari Green NCAP. Model ini dipuji kerana mempamerkan “kecekapan yang baik dalam pelbagai keadaan.”


Pengurus Teknikal di Green NCAP, Dr. Aleksandar Damyanov berkata bahawa “Tanggungjawab untuk [mewujudkan] udara yang lebih bersih lebih bergantung kepada industri berbanding pihak berkuasa.”


Ora-Green-NCAP-(1).jpg



Pengarah Pengurusan GWM ORA United Kingdom, Toby Marshall meluahkan kegembiraannya dengan hasil ujian ini.  Menurutnya, “ORA Good Cat mempunyai kelayakan kelestarian dan kecekapan yang luar biasa, faktor yang akan memberi kesan besar kepada pengguna di UK.”



WEY-Coffee-01-.png


WEY Coffee 01 yang ditawarkan di pasaran Eropah


GWM memasuki pasaran Eropah pada tahun 2022, dengan rangkaian kenderaan termasuk WEY Coffee 01 dan Coffee 02, yang telah menerima penarafan lima bintang Euro NCAP dan anugerah model tahunan. Pada tahun 2023, WEY Coffee 01 menerima penarafan lima bintang daripada ECAP dan Green NCAP, mengukuhkan kedudukan pasaran GWM.


Ora-Green-NCAP-(1).png


Bagi tahun  2024, GWM merancang untuk mengekalkan kedudukan pasaran globalnya. Dalam masa yang sama, ia turut menyasarkan untuk menawarkan model dan perkhidmatan yang lebih canggih kepada pelanggan di Malaysia. Buat masa ini, dua varian ORA Good Cat ditawarkan telah di pasaran negara, sementara GWM Canon Ultra dan ORA 07 pula dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan Mac ini. 


Sementara itu, rakan kongsi GWM, EP Manufacturing Bhd (EPMB), akan memberi tumpuan kepada pengeluaran CKD pada tahun 2024, dengan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran tahunan secara berperingkat kepada 20,000 unit menjelang tahun 2028.

Tag:

GWM Ora Good Cat
ORA Good Cat Green NCAP
Green NCAP
5 Bintang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025
EV

EV Kecil, GWM Ora Good Cat & Versi Sporty, GT, Terbaru Bakal Dilancarkan 6 November Ini

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk model hatchback elektrik, GWM Ora Good Cat 2025 yang diperbaharui, berserta varian sporty, Good Cat GT.

31-10-2025
Berita Auto

GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka

GWM Ora Good Cat GT dalam warna kelabu Aqua Grey mencuri perhatian ramai semasa konvoi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

02-09-2025
EV

GWM Ora Good Cat Pasaran Thailand – CKD, Bateri Tempatan

GWM Ora Good Cat jadi jenama China pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di negara tersebut.

16-01-2024
EV

Ora Good Cat Kecil Tapi Padu, Boleh Jelajah Luar Negara

GWM menganjurkan GWM EV Convoy Tour baru-baru ini.

10-08-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
Video

Naik Genting Highlands dengan GWM Ora Good Cat – Cukup Ke Dengan Bateri 50%?

Naik Genting Highlands dengan GWM Ora Good Cat – Cukup Ke Dengan Bateri 50%?

19-06-2023

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026