- Berita
- Global
- Kenapa Harga GR Yaris Mahal Sangat, Ada Sebabnya

Percaya atau tidak, harga Toyota GR Yaris boleh mencecah sehingga RM559,570 tetapi bukan di Malaysia sebaliknya di Perancis.
Harga hot hatch cilik itu agak mahal disebabkan para pengguna perlu berdepan dengan cukai karbon yang agak tinggi.
Selain itu, kadar cukainya juga dikira berdasarkan emisi CO2 untuk setiap kilometer.
Untuk itu, harga cukai GR Yaris versi manual dan automatik, sebenarnya sama dengan jumlah harga asas model berkenaan.
Berdasarkan hasil semakan harga di laman web Toyota France menunjukkan bahawa pembeli di Perancis perlu membuat prapesanan GR Yaris dari sekarang.


Harga asas Toyota Gr Yaris bermula pada €46,300 (lebih kurang RM2381,256) untuk varian MT 6-kelajuan, manakala €48,800 (lebih kurang RM250,984) untuk varian 8AT baharu.
Selain itu, bagi pembeli yang memilih versi manual (emisi CO2 190g/km), mereka perlu menambah €45,990 (RM236,531).
Ini kerana mereka perlu membayar untuk cukai CO2 kepada kerajaan Perancis apabila membeli hot hatch.
Ini menjadikan pembeli Perancis perlu mengeluarkan lebih daripada €108,800 (lebih kurang RM559,570) untuk membeli GR Yaris.

Bagaimanapun, harga itu tidak termasuk kos lain seperti insurans dan kos pendaftaran.
Sebaliknya, cukai CO2 yang dikenakan ke atas GR di Perancis hanya berjumlah €14,881 (lebih kurang RM76,535) pada tahun 2023.

Sementara itu, harganya agak rendah iaitu €12,012 (lebih kurang RM61,779) pada tahun 2022.
Harga terbaharu pula menyatakan bahawa pembeli kereta di Perancis yang membeli kereta yang mengeluarkan sehingga 117 g/km emisi pula dikecualikan daripada cukai tambahan.
Skim percukaian tersebut bermula pada 118 g/km dengan surcaj €50 (lebih kurang RM257) dan naik melebihi €60,000 (lebih kurang RM308,586) untuk kenderaan yang mengeluarkan emisi 194 g/km atau lebih tinggi.
Di sebalik kadar harga itu, nampaknya kerajaan Perancis kelihatan cukup optimis.
Jadi, pengeluar kereta Jepun itu hanya memperuntukkan 300 unit GR Yaris untuk pasaran Eropah.

Buat masa ini, model GR Yaris dikemas kini masih belum lagi ditawarkan secara rasmi di Malaysia, namun ia mungkin dibawa ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Sebelum ini, UMW Toyota Motor (UMWT) hanya menawarkan 200 unit GR Yaris manual di Malaysia, dimana ia dijual pada harga RM299,900.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

