Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerana ‘Jahil’ SmartLane, Penunggang Motor Rosakkan Kereta Di Lorong Kecemasan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dev-a.jpg


Tak pasti di mana silapnya, rupanya masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu kewujudan laluan SmartLane. ‘Kejahilan’ ini menjadi punca salah faham di jalan raya dan ini akibatnya…


Berdasarkan satu hantaran yang dibuat di Facebook oleh Akhie Ismile, cermin sisi keretanya telah sengaja dirosakkan oleh seorang penunggang motosikal semasa melalui SmartLane berhampiran persimpangan Sungai Buaya.


dev.jpgdev2.jpg


Jelas Akhie, penunggang motosikal tersebut berkemungkinan tidak tahu atau sedar bahawa fungsi SmartLane di laluan tersebut telah diaktifkan untuk menyuraikan kesesakan aliran trafik. Namun itu bukanlah ‘tiket’ untuk merosakkan harta benda orang lain. 


Dalam satu insiden berasingan yang dikongsikan oleh pengguna Facebook lain, Maelk Kang, seorang penunggang motosikal berhenti di lorong kecemasan semata-mata untuk menegur pemandu-pemandu yang menggunakan lorong kecemasan. Apabila dimaklumkan mengenai SmartLane, dia dilihat tidak mengendahkan perkara tersebut dan terus meneruskan perjalanan sambil “mendidik” atau memaksa pemandu lain di sepanjang laluan untuk keluar daripada lorong. 


426900044_24723268613955436_1447095454868179953_n.jpg


Insiden demi insiden berlaku disebabkan segelintir pengguna jalan raya yang tidak peka mengenai SmartLane. Bagi menyelesaikan isu ini, orang ramai mendesak kerajaan dan pengendali lebuh raya untuk mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman lebih ramai orang tentang perkara ini. 


415300956_18239170726216921_2486529876802454497_n.jpg426331092_697143105945323_655493300431840244_n.jpg


Maklumat mengenai SmartLane perlu diperluaskan di pelbagai platform serta dipaparkan pada papan notis yang lebih besar atau jelas di jalan raya. 

Video salah satu insiden yang telah dirakamkan:


Tag:

SmartLane
Facebook Video
Isu Viral
Isu SmartLane
Lorong Kecemasan
Jahil SmartLane
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

28-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026