Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerjasama Gentari & SEDC Energy: Sarawak Berpotensi Jadi Hab Hidrogen Utama Rantau Asia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Gentari-SEDC-(2).jpeg


Gentari Hydrogen Sdn Bhd bersama SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) telah menjalin kerjasama untuk membina hab pengeluaran hidrogen di Bintulu, Sarawak, yang dikenali sebagai Hab H2 Sarawak.


Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian induk (HoA) antara Gentari Hydrogen dan SEDCE ketika Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024. 


Gentari-SEDC-(2).jpg


Dalam kenyataan bersama, kedua-dua syarikat menegaskan bahawa hab hidrogen tersebut bakal menjadi pusat pengeluaran hidrogen hijau bagi pelbagai kemudahan di sekitar Bintulu.


Syarikat usaha sama yang akan ditubuhkan oleh Gentari Hydrogen, anak syarikat Gentari Sdn Bhd, dan SEDCE, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), bertanggungjawab untuk menguruskan hab dan mengoptimumkan pelbagai projek pengeluaran hidrogen.


Gentari-SEDC-(3).jpeg


SEDCE diamanahkan untuk membangunkan ekosistem tenaga baharu di Sarawak, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk menggunakan tenaga bersih. Sarawak menyasarkan untuk menjadi pengeluar hidrogen komersial menjelang 2027 sebagai langkah ke arah ekonomi hidrogen.


Ketua Pegawai Hidrogen Gentari, Michèle Azalbert, menyatakan Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi hab hidrogen utama di rantau ASEAN, dengan Sarawak memainkan peranan utama kerana memiliki sumber tenaga mampan yang mencukupi.  


Gentari-SEDC-(3).jpg


"Kami percaya hidrogen adalah laluan ke hadapan dan kami komited untuk menyumbang ke arah Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen Sarawak, sebagai tambahan kepada visi dan objektif kerajaan Malaysia dalam Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR)," katanya. 


Ketua Pegawai Eksekutif SEDCE, Robert Hardin, menyatakan bahawa perkongsian strategik mereka dengan Gentari untuk Hab H2 Sarawak akan membawa kesan positif dalam memacu pembangunan dan menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga bersih.


Sebelum ini, Gentari dan SEDC Energy telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik untuk memajukan penyelesaian tenaga bersih bersepadu dan menyokong pembangunan dasar di Sarawak. 

Tag:

Hab Hidrogen
Hidrogen Sarawak
Gentari Hydrogen Sdn Bhd
SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE)
Hab Pengeluaran Hidrogen
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026