Link Copiedcheck_circle
EV

Lexus RZ Bakal Dilancar?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lexus RZ 450e turut dipamerkan sempena acara Toyota Beyond Zero, yang berlangsung di Technology Park Malaysia, Kuala Lumpur.

Nampaknya, ini menandakan Lexus Malaysia bakal membawa masuk kereta mewah itu ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Lexus RZ 450 E yang berkongsi platform sama seperti’’Toyota bZ4X yang juga bakal memasuki pasaran kami tidak lama lagi, nyata menampilkan reka bentuk yang lebih sporty .

image.png

Bahagian dalaman jentera ini juga boleh tahan kerana menawarkan kabin yang cukup moden.

Model yang dipamerkan ini disumbat dengan dua motor elektrik dimana kuasa keseluruhannya boleh menghasilkan kuasa sebanyak 313 PS dan tork 435 Nm.

image.pngimage.png

Selain itu, ia boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 5.3 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 160 km/j.

Ia juga disumbat dengan bateri berkapasiti 71.4 kWh yang boleh memberikan jarak gerak sekitar 440 km, dan boleh dicas menggunakan AC 11 kW (6.5 jam untuk penuh) atau DC sehingga 150 kW (0-80% dalam masa 30 minit).

Menjengah bahagian luarannya, RZ 450e ini dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 20 inci, lampu depan jenis LED mengapit grilnya yang jenis tertutup.

Bahagian kabinnya pula, ia dilihat menampilkan skrin sentuh infotainmen bersaiz 14.1 inci, paparan digital 8-inci, ada pad pengecas wayarles, termasuk pengecas USB-C dan tempat duduknya dibalut dengan Ultrasuede.

image.pngimage.png

Ia juga cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan dimana terdapat sistem ADAS,  pakej sistem bantuan pemandu Lexus Safety System, bantuan letak kereta, sistem pemantau titik buta, dan banyak lagi.

Sementara itu, salah seorang penulis kami berkesempatan bercakap dengan sumber dalaman Lexus Malaysia yang memberi sedikit bayangan bahawa jentera ini akan dilancarkan pada tahun ini.

image.png

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi Lexus Malaysia.


Gallery

Tag:

Lexus Malaysia
Lexus RZ 450e
Toyota Beyond Zero
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Kereta Baru

29-07-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Berita Auto

14-08-2024
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

10-07-2024
EV

02-07-2024

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026