Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Loji Fotovoltaik Solar Berkapasiti 1 Juta MWh Kini Beroperasi Di Serendah – Umpama Tanam 29 Juta Pokok

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TC-Solar-(2).jpg


 Loji Fotovoltaik Solar Berskala Besar (LSSPV) terapung di Serendah, Selangor


TC Sunergy Sdn. Bhd. (TCS), sebuah anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH), telah memulakan operasi loji Fotovoltaik Solar Berskala Besar (LSSPV) terapung di Serendah, Selangor.


Pembinaan kilang ini merupakan hasil daripada penglibatan Tan Chong Motor dalam projek Fotovoltaik Solar (PV) 20 megawatt  di bawah LSSPV Bidding Cycle 4 (LSS@MEnTARI) oleh Suruhanjaya Tenaga pada tahun 2020. Pencapaian ini menandakan bermulanya langkah syarikat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (RE).


TC-Solar-(5).jpg


Loji yang terletak di Tasik Sungai Rawang, Serendah ini dijangka akan membekalkan sejumlah 1,043,114 MWh tenaga bersih kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 25 tahun. Usaha ini dijangka dapat mengurangkan 610,221 tan  karbon dioksida (CO2) yang bersamaan dengan penanaman sebanyak 29,058,175 batang pokok dan pengurangan sebanyak 132,656 kenderaan dari jalan raya. 


Bagi memelihara ekosistem tasik dan persekitarannya, loji solar terapung ini hanya menggunakan 60% daripada permukaan air. Ini memastikan pemeliharaan biodiversiti sedia ada dan kualiti air sambil mematuhi Pelan Pengurusan Alam Sekitar yang disediakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (DOE).


TC-Solar-(1).jpg


TCS akan membuat pemantauan operasi dan penyelenggaraan loji mengikut syarat yang tertera dalam Lesen Penjanaan Awam Suruhanjaya Tenaga.


Menurut CEO Kumpulan TCMH, Daniel Ho, "LSSPV Terapung TCS - Serendah adalah tonggak penting yang menandakan permulaan Kumpulan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan lestari. Kumpulan TCMH berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam melestarikan alam sekitar untuk generasi masa hadapan."

Tag:

TC Sunergy Sdn. Bhd. (TCS)
Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH)
Fotovoltaik Solar Berskala Besar (LSSPV)
Kilang LSSPV
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

TNB, Perodua Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Ekosistem EV

TNB, Perodua meterai kerjasama dalam pelbagai penyelesaian berkaitan EV.

28-02-2025
Berita Auto

Pemilik Tesla Buat Sambungan Pelik, TNB Dapat Tahu Sebab Meter Hantar Isyarat?

Tular di internet yang mendedahkan seorang pemilik Tesla sanggup mencuri elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

17-08-2024
EV

TNB Ganti 30% Kenderaan Operasi Kepada EV

TNB akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.

28-02-2024
EV

6 Lagi Stesen Pengecas EV TNB Electron Akan Disediakan Tahun Ini

TNB Electron telah mengumumkan perancangan pembukaan lebih banyak fasiliti pengecasan di Malaysia sepanjang tahun 2023. Berikut adalah lokasinya...

13-03-2023
EV

Ora Good Cat Jadi Tumpuan Semasa Pelancaran Stesen Pengecas Electron TNB

TNB dan PLUS Malaysia Berhad baru-baru ini telah melancarkan stesen pengecas pantas Electron DC TNB di lebuh raya PLUS.

28-02-2023
EV

TNB Electron Dibuka, Pemilik EV Boleh Cas Secara Percuma Sebab

Dua pengecas TNB Electron (DC) kini dibuka untuk tempoh ujian perintis di R&R Ayer Keroh (arah utara) dan R&R Paka (arah utara bermula hari ini.

20-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026