Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz C350e PHEV Kini Rasmi Di Malaysia, Pra-Tempahan Dibuka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-02-23-at-6.25.07-PM.jpeg


Pra-tempahan bagi model terbaru daripada Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Mercedes-Benz C350e kini rasmi dibuka pada harga jualan yang dianggarkan bermula daripada RM 355,000.


PRESTASI MERCEDES-BENZ C350E


Mercedes-Benz C350e yang dilancarkan di pasaran kita ini menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) yang menggabungkan kuasa daripada enjin petrol empat silinder sebaris berpengecas turbo 1.9 liter dan juga motor elektrik 95 kW/440 Nm. 


WhatsApp-Image-2024-02-23-at-6.25.13-PM-(1).jpeg


Gabungan sistem ini memberikan kereta kemampuan untuk menghamburkan kuasa sebanyak 313 hp dan tork 550 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik sembilan kelajuan. Model ini boleh mencapak kelajuan tertinggi 245 km/j. 


Sistem hibrid C350e menggunakan bateri berkapasiti 25.4 kWh yang membolehkan kenderaan bergerak sejauh 117 KM (WLTP) dengan kuasa elektrik penuh. 


REKAAN MERCEDES-BENZ C350E


WhatsApp-Image-2024-02-23-at-6.25.09-PM.jpeg

MercedesBenz-C350e-PHEV-Launch-1.JPGMercedesBenz-C350e-PHEV-Launch-4.JPG


Diberikan sentuhan AMG Line, dari sudut hadapan, model ini hadir dengan gril yang terdapat corak logo bintang 3 penjuru Mercedes. Model ini menggunakan lampu depan dengan teknologi DIGITAL LIGHT dan Adaptive Highbeam Assist Plus. Di bahagian tepi, C350e dipasangkan dengan rim aloi ringan 5 jejari bersaiz 18 inci.

 

KABIN MERCEDES-BENZ C350E


MercedesBenz-C350e-PHEV-PressPhoto-40.JPGMercedesBenz-C350e-PHEV-PressPhoto-21.JPGMercedesBenz-C350e-PHEV-PressPhoto-36.JPGMercedesBenz-C350e-PHEV-PressPhoto-24.JPG


Bergerak ke bahagian dalam, antara kelengkapan yang ada ialah kluster instrumen bersaiz 12.3 inci, pad pengecas tanpa wayar serta skrin infotainmen 11.9 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri lain ialah bumbung suria panoramik dan pencahayaan ambien. 


MercedesBenz-C350e-PHEV-PressPhoto-38.JPGMercedesBenz-C350e-PHEV-PressPhoto-29.JPG


Model ini menerima kemasan AMG Line dengan  stereng sporty dalam balutan kulit Nappa, karpet AMG dan sebagainya. 


CIRI KESELAMATAN MERCEDES-BENZ C350E


Dari segi keselamatan, Mercedes-Benz C350e PHEV dilengkapi dengan sistem seperti bantuan titik buta aktif, bantuan brek aktif, kamera 360 darjah, bantuan parkir aktif dengan Parktronic dan perlindungan kenderaan GUARD  360 ° . 


HARGA MERCEDES-BENZ C350E


Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga jualan yang dianggarkan bermula daripada RM 355,000, atas jalan, tanpa insurans.  Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasminya, www.mercedes-benz.com.my/C-Class 

PELAN PEMBIAYAAN AGILITY+ 

Yang menariknya, Mercedes-Benz menawarkan pelan pembiayaan Agility+ membolehkan anda membuat bayaran bulanan yang lebih rendah dengan pelbagai lagi nilai tambah lain seperti pakej servis tambahan sebanyak 6 kali dan insurans  Star Protect  bernilai RM3,800. 

Selain itu, MBM turut menawarkan program MobilityPlus iaitu waranti sementara yang ditawarkan untuk penukaran kereta sekiranya kereta anda dihantar untuk mendapatkan servis dan penyelenggaran atau  membuat tuntutan waranti, dalam tempoh 48 jam atau lebih. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Untuk maklumat lanjut, layari mb4.me/StepUpAgility

MercedesBenz-C350e-PHEV-PressPhoto-10.JPG

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia (MBM)
Kereta Baharu
Pelancaran MBM
Mercedes-Benz C350e
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025
EV

Mercedes-Benz Malaysia Tawar Pelan Cas EV Bergerak – MB Platinum 5

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan pelan langganan pengecasan, MB Platinum 5, khusus untuk pengguna kenderaan elektrik (EV) EQ.

26-08-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes AMG GT 63 4Matic+Coupe, Harga Berjuta, 585 Hp

MBM akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-AMG GT Coupe generasi kedua ke pasaran tempatan., sebentar tadi.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Maybach EQS SUV Dilancarkan – Dari RM1.08 Juta

Mercedes-Maybach EQS SUV kini rasmi diperkenalkan di Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga RM1.08 juta.

25-02-2025
Berita Auto

Khidmat Pemindahan Terminal MAS Guna Mercedes-Benz EQS 500 & S580e

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menjalin kerjasama dengan syarikat induk Malaysia Airlines (MAS), Malaysia Aviation Group (MAG).

22-01-2025
Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Raikan Pelanggan Mercedes-AMG – Lapan Terpilih Ke Sweden & Jerman

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, MBM mengadakan acara eksklusif “Drive To Thrill” hujung minggu lalu di Autohaus Hap Seng Star Balakong (HSS Balakong).

14-01-2025
EV

Mercedes-Benz Jalin Kerjasama Demi Menyediakan Pengecas EV Untuk Pelanggan

MBM turut memeterai kerjasama dengan beberapa CPO untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap di seluruh negara.

29-11-2024
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 350 e 4Matic Coupe Kini Rasmi Di Malaysia – SUV PHEV CKD, Dari RM425,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memperkenalkan model GLC 350 e 4Matic Coupe yang merupakan salah satu daripada enam model baharu yang dilancarkan dalam acara ‘Luxury Like No Other’ di Cycle & Carriage Bintang Autohaus.

07-11-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Kereta Baru

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025
Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025
Kereta Baru

VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.

10-09-2025