Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Subaru Forester GT Wild Lite Kini Dibuka – Lebih Ranggi & Lasak!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Subaru-Forester-GTWildLite-3.jpg


Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat untuk Subaru Forester GT Wild Lite.


Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Subaru Forester GT Wild Lite. Edisi istimewa bagi versi facelift yang dilancarkan pada bulan Mei 2023 ini bukan sahaja diberikan kit aksesori yang lebih ranggi, tetapi juga ciri off-road!


Subaru-Forester-GTWildLite.jpgSubaru-Forester-GTWildLite-4.jpgSubaru-Forester-GTWildLite-6.jpg


Dari segi rekaan,  Forester GT Wild Lite diberikan pelekat atau livery istimewa yang memaparkan grafik deretan gunung dan jalur hitam atau decal pada bahagian tengah penutup bonet. Dari tepi, dapat dilihat model ini menggunakan tayar lasak dengan kamampuan off-road, Yokohama Geolander all-terrain (A/T). 


Subaru-Forester-GTWildLite-7.jpgSubaru-Forester-GTWildLite-1.jpg


Dihasilkan berdasarkan varian 2.0i-S,  Forester GT Wild Lite dikuasakan oleh enjin ‘Boxer’ aspirasi natural 4 silinder 2.0 liter dengan output  154 HP (156 PS) dan 196 NM. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi CVT Lineartronic dan Symmetrical All-Wheel Drive (AWD) SubaruKemampuan off-road model ini ditingkatkan dengan fungsi pemilihan mod pemanduan SI-Drive serta Special X-Mode. 


Subaru-Forester-GTWildLite-12.jpg


Dari segi keselamatan,  Forester GT Wild Lite hadir dengan pakej keselamatan aktif EyeSight 4.0 yang merangkumi brek pra-pelanggaran, pengendalian kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif, pemusatan lorong dan pencegahan keluar lorong. 


Subaru-Forester-GTWildLite-2.jpg


Walaupun ROI bagi model ini telah dibuka secara rasmi, Motor Image Malaysia masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai harga jualannya. Namun, harga jualan semasa bagi SUV Forester standard bermula daripada RM163,000 hingga RM185,500 atas jalan, kita boleh menjangkakan model istimewa ini akan dijual pada harga lebih tinggi. 

Subaru-Forester-GTWildLite-11.jpg

Tag:

Subaru Forester
Subaru Forester GT
Subaru Forester GT Wild Lite
Subaru Malaysia
SUV Subaru
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Subaru Forester Terpilih Model Terbaik Jepun 2025-2026 – Kalahkan Honda Prelude & Toyota Crown

Subaru Forester generasi keenam telah diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan bagi anugerah berprestij Japan Car of the Year (JCOTY) 2025-2026.

09-12-2025
Kereta Baru

Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500

Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.

30-10-2025
Kereta Baru

Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.

22-10-2025
Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Subaru Forester Masuk AS

Subaru melancarkan secara rasminya SUV Forester baharu semepan pameran LA Auto Show 2023.

17-11-2023
Global

Subaru Dedah Imej Acah Forester Generasi Ke-6, Bakal Dipertontonkan Di Los Angeles

Subaru Forester generasi seterusnya akan dipertontonkan tidak lama lagi.

06-11-2023
Berita Auto

Harga Subaru Forester 2023 Turun RM10K – Kini Dari RM164K

Harga bagi model SUV segmen C, Subaru Forester, diturunkan.

24-08-2023
Video

Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!

Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!

09-08-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026