- Berita
- EV
- Proton Bakal Keluarkan 7 Kereta Elektrik Termasuk Persona, Iriz, Exora & Saga?
Proton Bakal Keluarkan 7 Kereta Elektrik Termasuk Persona, Iriz, Exora & Saga?

Proton merancang untuk mengeluarkan tujuh NEV.
Syarikat automotif nasional, Proton, mendedahkan rancangan untuk mengeluarkan tujuh Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Li Chunrong, semasa pembentangan 'Strategi Perancangan Masa Depan Produk' yang diadakan sewaktu majlis makan malam Tahun Baharu Cina minggu ini.
Menurut Li, usaha tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat, “Selepas model pertama, mungkin dalam enam atau laman bulan kemudian akan menyaksikan pelancaran model seterusnya (termasuk model bukan NEV).”
Jelas beliau, sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan ditubuhkan di Guangzhou, China, berhampiran dengan pangkalan asal Geely.
"Selepas itu, kami juga akan menghasilkan model tenaga baharu (istilah yang digunakan Proton untuk kenderaan elektrik) berdasarkan platform pembakaran (ICE) semasa. Ini merupakan satu keutamaan. Kedua, kami akan memperkenalkan empat model, semua dibangunkan oleh Geely, yang akan kami kemas kini," tambah Dr Li.

Perancangan untuk mengeluarkan tujuh model NEV didedahkan semasa pembentangan 'Strategi Perancangan Masa Depan Produk' yang diadakan sewaktu majlis makan malam Tahun Baharu Cina minggu ini.
Beliau tidak mendedahkan butiran terperinci, tetapi berdasarkan slide yang dikongsikan, kami percaya bahawa Proton merancang untuk memperkenalkan empat model elektrik baharu (separa elektrik dan elektrik penuh). Selain itu, Proton juga dijangka akan mengelektrifikasi empat model sedia ada iaitu Persona, Iriz, Exora dan Saga (empat model yang juga diberikan singkatan ‘PIES’ oleh Proton).




Empat model tempatan yang dibangunkan Proton, PIES (Persona, Iriz, Exora and Saga) bakal diberikan sentuhan elektrik.
Buat masa ini masih belum diketahui sekiranya keempat-empat model (PIES) tersebut akan dijadikan model elektrik penuh atau separa, tetapi yang pasti, kesemuanya akan diberikan ‘sentuhan elektrik.’
Juga tidak jelas buat masa ini, apakah nama model-model NEV baharu yang akan dilancarkan itu nanti, tetapi terdapat kemungkinan bahawa model-model tersebut adalah NEV sedia ada Geely yang diberikan penjenamaan semula. Tidak mustahil sekiranya Proton akan menawarkan versi rebadge untuk jenama-jenama lain di bawah Geely seperti Zeekr atau Geometry.
Berkaitan jadual pelaksanaannya, kami percaya proses ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi sebelum kita dapat melihat mana-mana daripada empat NEV baharu yang diumumkan. Sebaliknya, kita mungkin dapat melihat PIES versi elektrik dalam tempoh yang lebih cepat.

_0-full.jpg)
Dalam masa terdekat, Proton akan melancarkan SUV crossover X50 dan X70.
Dalam tempoh yang lebih dekat lagi, kita bakal melihat SUV crossover X50 dan X70 yang akan diberikan peningkatan atau perubahan besar tidak lama lagi, mungkin dalam tahun ini. Kami yakin ia akan dilancarkan tidak lama lagi memandangkan versi prototaip kedua-duanya dikesan sedang diuji di jalan raya baru-baru ini.
Sekiranya Proton membuat sebarang pendedahan lain pada masa akan datang, akan kami kongsikan di sini. Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook untuk berita automotif terkini setiap hari.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv