Link Copiedcheck_circle
EV

TNB Ganti 30% Kenderaan Operasi Kepada EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Melihat kepada peralihan tenaga yang cukup pantas, Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga akan  menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2030.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Baharin Din berkata, langkah strategik ini selari dengan aspirasi Malaysia neutral karbon menjelang 2050.

"Dalam langkah penting ke arah merealisasikan komitmen ini, TNB mempercepatkan peralihan kepada EV dengan menggunakan 98 unit baharu merangkumi 78 trak pikap elektrik dan 20 van elektrik.

image.png

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan EV dalam kumpulan kenderaan operasi TNB kepada 127 buah kenderaan," katanya dalam satu kenyataan.

Dikhabarkan, peralihan kepada EV oleh TNB diunjurkan menghasilkan pengurangan tahunan sebanyak 2,200 hingga 4,833 tan karbon dioksida, bersamaan dengan kira-kira 88,000 hingga 193,320 pokok sebagai pengimbang menjelang 2030.

"Manfaat ekonomi daripada inisiatif penggunaan EV oleh TNB adalah besar, dengan jangkaan penjimatan kos antara 35 peratus dan 86 peratus untuk pembaikan dan penyelenggaraan serta 25 peratus hingga 70 peratus kos tenaga lebih rendah berbanding kenderaan bahan api fosil konvensional.

image.png

"TNB turut menjangka pengimbangan tahunan kira-kira enam peratus hingga 12 peratus dalam perbelanjaan bahan api fosil," katanya.

Sehubungan itu,  TNB bukan sahaja tekad untuk mempercepatkan penggunaan EV menjelang 2030 tetapi juga memberi tumpuan kepada peningkatan semula kemahiran untuk industri EV, membina infrastruktur pengecasan, menaja kajian berkaitan EV dan memupuk kerjasama dalam kalangan pemain sektor EV.


Gallery

Tag:

Tenaga Nasional Berhad (TNB)
TNB Electron
aspirasi Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

TNB, Perodua Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Ekosistem EV

TNB, Perodua meterai kerjasama dalam pelbagai penyelesaian berkaitan EV.

28-02-2025
Berita Auto

Pemilik Tesla Buat Sambungan Pelik, TNB Dapat Tahu Sebab Meter Hantar Isyarat?

Tular di internet yang mendedahkan seorang pemilik Tesla sanggup mencuri elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

17-08-2024
Berita Auto

Loji Fotovoltaik Solar Berkapasiti 1 Juta MWh Kini Beroperasi Di Serendah – Umpama Tanam 29 Juta Pokok

TC Sunergy Sdn. Bhd. (TCS) telah memulakan operasi loji Fotovoltaik Solar Berskala Besar (LSSPV) terapung di Serendah, Selangor.

19-02-2024
EV

6 Lagi Stesen Pengecas EV TNB Electron Akan Disediakan Tahun Ini

TNB Electron telah mengumumkan perancangan pembukaan lebih banyak fasiliti pengecasan di Malaysia sepanjang tahun 2023. Berikut adalah lokasinya...

13-03-2023
EV

Ora Good Cat Jadi Tumpuan Semasa Pelancaran Stesen Pengecas Electron TNB

TNB dan PLUS Malaysia Berhad baru-baru ini telah melancarkan stesen pengecas pantas Electron DC TNB di lebuh raya PLUS.

28-02-2023
EV

TNB Electron Dibuka, Pemilik EV Boleh Cas Secara Percuma Sebab

Dua pengecas TNB Electron (DC) kini dibuka untuk tempoh ujian perintis di R&R Ayer Keroh (arah utara) dan R&R Paka (arah utara bermula hari ini.

20-01-2023
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026