Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baru 2 Bulan, JPJ Keluar 578 Saman Memandu Bawah Umur

Sofea Najmi

Kongsi melalui

jpj-2-full_normal.jpg


Pemeriksaan JPJ (Gambar hiasan)


Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan anak memandu kenderaan bermotor tanpa lesen bakal dikenakan tindakan tegas, umum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, menyatakan bahawa tindakan akan diambil mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Menurut Datuk Hasbi, kesalahan ini boleh menyebabkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya. Ini adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan di jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan.


JPJ juga boleh mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa lesen yang sah. 


JPJ-Awan-Besar-Roadblock-3-630x420.jpeg


Sekiranya pemandu bawah umur dikesan menggunakan kenderaan, ibu bapa, penjaga dan pemilik kenderaan akan turut dikenakan tindakan.  (Gambar hiasan)


“Di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan yang dipandu oleh seseorang yang tidak memiliki lesen yang sah,” katanya.


Datuk Hasbi menjawab pertanyaan Kapten Azahari Hasan (Perikatan Nasional – Padang Rengas) yang meminta Menteri Pengangkutan untuk mengemukakan penambahbaikan dalam aspek penguatkuasaan dan perundangan yang sedia ada terutamanya membabitkan  pemandu bawah umur dan individu yang memandu tanpa lesen yang sah, yang sering menyebabkan nahas di jalan raya.



SAMAN.jpeg


Dalam tempoh hanya 2 bulan, lebih 500 saman terhadap pemandu bawah umur dikeluarkan. (Gambar hiasan)


Bagi tahun ini hingga 29 Februari lepas, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 578 saman kepada pemandu yang memandu di bawah umur.


Sumber: Astro Awani


Tag:

Saman JPJ
Pemandu Bawah Umur
Jabatan Pengangkutan Jalan
Menteri Pengangkutan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

05-01-2026
Berita Auto

Tinggal 2 Hari Lagi Diskaun Saman 50%, Tak Bayar? Disenarai Hitam

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan peringatan terakhir kepada pemilik kenderaan agar segera melunaskan saman tertunggak melalui Program Rancakkan MADANI dengan diskaun sebanyak 50% yang bakal tamat 30 Disember ini.

28-12-2025
Berita Auto

Dasar Saman Baharu 2026 Dipuji Pakar Sebagai 'Game Changer'

Dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, Malaysia akan mula melaksanakan sistem pembayaran saman trafik baharu berprinsip “Lebih Cepat Anda Bayar, Lebih Sedikit Anda Perlu Bayar".

10-12-2025
Berita Auto

Takut Disita, Pemilik Kenderaan Singapura Bayar Saman Serta-Merta, JPJ Dapat RM1.17 Juta

Sejumlah 3,910 saman telah dikeluarkan terhadap kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang didapati gagal melengkapkan dan mengaktifkan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

22-10-2025
Berita Auto

Tidak Serik Sewakan Kenderaan Kepada Warga Asing Walau Pernah Dikompaun

Walaupun sudah dikompaun beberapa kali, pemilik kenderaan masih tidak serik sewakan kenderaan kepada warga asing yang tiada lesen memandu sah!

31-07-2024
Berita Auto

Warga Asing Makin Berani Pandu Secara Haram! Lebih 70 Saman Dalam 3 Jam

Antara kesalahan tertinggi yang dikesan ialah tiada lesen memandu. Apa lagi? Jom baca.

22-07-2024
Berita Auto

Tak Ada Lesen Sebab Masalah Kewangan, Alasan Ramai Penunggang Motor

Masalah kewangan jadi punca tiada lesen memandu sah, itulah alasan yang digunakan oleh sebahagian besar penunggang motosikal.

28-06-2024
Berita Auto

Operasi Aidiladha: Rekod 14,417 Kesalahan Jalan Raya Di Selangor, Isu Teknikal Paling Tinggi

Pihak berkuasa mengesan sejumlah 14,417 kesalahan jalan raya ke atas 13,417 kenderaan sepanjang Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024.

21-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026