Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bayar Tol Jambatan Pulau Pinang Dengan Kad Debit & Kredit – Cara Dapat Diskaun 20%

Sofea Najmi

Kongsi melalui

jambatan-pulau-pinang.jpeg


Jambatan Pulau Pinang


PLUS Malaysia mengumumkan pada Jumaat lalu (15 Mac) bahawa mereka telah memulakan ujian rintis Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) di Jambatan Pulau Pinang, membolehkan para pengguna menggunakan kad kredit dan debit untuk pembayaran tol.


Melalui hantaran di media sosial rasmi pengendali plaza tol tersebut, mereka turut memaklumkan bahawa orang ramai boleh menggunakan kad debit atau kredit  di laluan yang memaparkan logo  MyDebit, Visa dan Mastercard.


Ujian-Rintis-Sistem-Bayaran-Terbuka-Tol-.jpeg


“Di lorong tersebut, disediakan dua jenis peranti iaitu peranti kad Touch ‘n Go dan peranti MyDebit-Visa-Mastercard. 


“Pengguna boleh menyentuh kad debit atau kad kredit mereka pada peranti MyDebit-Visa-Mastercard untuk transaksi tol, di mana bayaran tol akan ditolak dari baki kad debit atau kad kredit mereka," tulis PLUS. 


UJIAN RINTIS DI LOKASI LAIN


Selain Jambatan Pulau pinang, ujian rintis sitem pembayaran SPT ini telah pun dimulakan sejak September tahun lalu di 11 lebuh raya lain seperti:


kad-bank.jpeg


- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)

- Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)

- Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)

- Lebuhraya Pantai Baru (NPE)

- Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)

- Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

- Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)

- Lebuhraya Shah Alam (Kesas)

- Terowong SMART

- Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)

- Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)


DISKAUN TOL SEBANYAK 20%


Penduduk Pulau Pinang yang layak juga boleh menerima diskaun sebanyak 20% di tol Jambatan Pulau Pinang yang ditawarkan oleh PLUS di bawah PLUSMiles apabila menggunakan kad bank atau RFID untuk pembayaran.


Pemandu kenderaan syarikat juga layak untuk mendapatkan diskaun tersebut, namun perlu menggunakan kad Touch 'n Go.


Bagi mendapatkan diskaun yang ditawarkan, and perlu mendaftarkan kenderaan dan kaedah pembayaran yang ingin digunakan terlebih dahulu melalui portal Jimat Di Penang. 


Tag:

Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
Tol Pulau Pinang
ujian rintis Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT)
Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT)
Tol Debit Kredit
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026